Issey sertai GEGAR, kendali segmen pagi bersama Shah

Untitled design - 2021-08-16T132015.409
Untitled design - 2021-08-16T132015.409
A
A
A

SELEPAS sebulan berehat daripada tugas sebagai penyampai radio, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin kembali ke konti radio.

Mula bertugas di GEGAR, pelawak berusia 34 tahun itu mengendalikan segmen pagi menerusi ‘GEGAR Pagi bersama Shah dan Issey’ bersama Shah Muhammad.

Para peminat boleh mendengarkan ‘GEGAR Pagi bersama Shah dan Issey’, setiap Ahad hingga Khamis, jam 6 hingga 10 pagi, dengan pelbagai program baharu berunsur santapan minda, sesi bual bicara dan perkongisan santai.

Sebaik segmen pagi berakhir, Mek Zura akan mengendalikan segmen ‘GEGAR 10-3’, yang kini akan dikendalikan oleh, setiap Ahad hingga Khamis, bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

‘GEGAR 10-3’ akan mempersembahkan pengisian baharu termasuk perbincangan topik-topik berkaitan wanita, tips keibuan, berkongsi resepi masakan, dan sebagainya.

Segmen ‘GEGAR Petang’ akan dikendalikan Ewan bersama DJ Nazz, setiap Ahad hingga Khamis, dari jam 3 petang hingga 7 malam, yang mempersembahkan gandingan unik dengan pengisian yang menarik perhatian ramai peminat seperti Buletin Pantai Timur, Sembang Petang, DJ Nazz Rungkai dan banyak lagi.

Di segmen ‘GEGAR Malam’ pula, para peminat kini akan ditemani oleh Scha Musa, setiap Ahad hingga Khamis, bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam, menghiburkan peminat dengan pengisian baharu seperti Lagu Oversea, Busker Malam, Kelas Malam dan Game Apa Malam Ini?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca