'Kalau aku jumpa mak pak hang...' Lelaki muat naik komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapa Naim Daniel kini ditahan polis

A
A
A

"INI kalau jumpa mak pak hang (kau), aku sembelih hidup-hidup'.

Demikian ugutan yang diterima penyanyi dan pelakon, Naim Daniel mengenai satu hantaran di aplikasi Instagram.

naim

Lantaran tersebut, beliau membuat laporan polis di balai bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang pada 14 Mei lalu susulan ugutan bunuh di laman sosial terhadap ibu bapanya di media sosial.

Terbaharu, polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh selebriti berusia 26 tahun itu pada 15 Mei lepas pada jam 12.42 pagi di Balai Polis Lenggeng.

naim.daniel

"Pengadu menyatakan pada hari sama ketika berada di rumah telah menerima satu ugutan jenayah dari individu yang tidak dikenali di laman sosial.

"Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya, " katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek dan dia kini direman selama empat hari bermula Sabtu untuk siasatan kes.

naim daniel 1"Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam masa terdekat," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca