Kejutan berganda di minggu pertama Big Stage 2023
KEJUTAN berganda. Itu yang boleh disimpulkan pada konsert minggu pertama Big Stage musim kelima atau Big Stage 2023.
Pertamanya, peserta dari Singapura, Farhan Shah dapat menarik nafas lega apabila pihak Astro memaklumkan tiada penyingkiran pada minggu pertama program itu selepas kapsul penyingkiran tertutup sebelum sempat Farhan memasukinya.
Farhan sebelum itu berada di tangga tiga terbawah bersama dua perserta lain iaitu Issac Voo dan Meer Nash dengan 37 peratus markah selepas menyampaikan lagu daripada Taufik Batisha iaitu Sesuatu Janji.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan ke semua 13 peserta mara ke minggu kedua yang bertemakan 'Flex Your Beat'.
Dalam pada itu, duo dari Korea, Hoondoo yang menyampaikan lagu I Will Go To You Like The First Snow berjaya mengungguli minggu pertama selepas mendapat markah 81 peratus secara keseluruhan.
Persembahan mereka telah menambat hati juri sekali gus menerima anugerah Dominasi Persembahan Terbaik yang juga merupakan pilihan juri tetap.
Kesemua peserta diadili dua juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul ditemani dua juri jemputan iaitu Nora Danish (Presiden Netizen) dan Lah Ahmad (Juri Jemputan).
Kejutan kedua pula menyaksikan Astro menerbangkan pelawak dari Indonesia, Rina Nose untuk digandingkan dengan pengacara sensasi, Elly Mazlien atau Kak Lina Pom Pom.
Sebelum ini, dua figura itu telah dipertemukan dalam sebuah program Siapa No Syahtu: Lina VS Rina, namun penyatuan semula mereka menerima rekasi positif daripada penonton.
Big Stage 2023 bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam dan dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Program yang popular dengan tagline 'Dominasi BBNU' telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang