Kembali serius di Hollywood, Deepika Padukone sertai ICM

Untitled design (90)
Untitled design (90)
A
A
A

PELAKON terkenal Bollywood, Deepika Padukone, dilaporkan sudah menandatangani kontraknya bersama agensi pengurusan artis di Hollywood, ICM.

ICM kini menguruskan karier beberapa bintang terkenal seperti John Cena, Ian Somerhalder dan Lana Condor.

Deepika sebelum ini pernah membuat kemunculan pertama di Hollywood menerusi filem xXx: Return of Xander Cage pada 2017 bersama Vin Diesel, bagaimanapun kerjaya seninya tidak berkembang begitu baik di sana.

Dalam perkembangan lain, Deepika menyifatkan tahun 2021 sebagai tahun yang agak sibuk. Beliau akan terlibat dengan pembikinan filem Pathan dan bergandingan bersama superstar Bollywood, Shah Rukh Khan.

Bukan itu sahaja, Deepika akan berkolaboratif dengan Hrithik Roshan untuk pertama kalinya dalam Fighter arahan Siddharth Anand. Fighter dijadualkan ditayangkan pada 30 September 2022.

Dia juga akan terlibat dengan sebuah filem arahan Shakun Batra yang belum diberi judul dan pembikinan semula filem The Intern bersama Rishi Kapoor.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca