KLfm Raikan Aidilfitri Warga Kota, Raya Pertama Hingga Raya Keempat

A
A
A

TRADISI yang sudah sinonim dengan amalan beraya warga kota berhibur dengan program-program menarik yang disediakan menerusi saluran TV dan radio.

Tahun ini, saluran radio RTM, KLfm-Rentak Interaktif Kota (97.2) turut mengambil peluang menghiburkan seluruh warga kota dengan program bakal ke  udara sepanjang Aidilfitri ini.

Lapan program termasuklah bual bicara, nyanyian live artis terkenal, drama muzikal, dan permintaan lagu pendengar dibawakan bermula raya pertama hingga raya keempat khas untuk pendengar setia stesen pilihan warga kota ini.

“Al-Zikra Istimewa Aidilfitri” (13 hingga 15 Mei ini, jam 6.30 pagi)

Menampilkan barisan pendakwah terkemuka iaitu Ustaz Muhadir Hj Joll, Ustaz Wan Shohor Bani Leman dan Ustazah Nurul Hidayah. Berkongsi mengenai adab dalam Islam sirah Rasulullah SAW dan perkara-perkara sunat ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri.

“Diari Raya Mualaf” (13 hingga 15 Mei ini, jam 11.10 pagi)

Memaparkan kisah perjalanan seorang mualaf yang baru mengenali Islam dan melalui pengalaman pertama menyambut Ramadan dan meraikan Syawal.

“Live@KLfm Istimewa Aidilfitri” (15 hingga 22 Mei ini, jam 10 pagi)

Program berkonsepkan nyanyian lagu-lagu raya secara live daripada artis undangan Mimifly dan Ronnie Hussain serta penyampai KLfm.

“KLfm Orkestra Raya” (13 hingga 15 Mei ini, jam 2 petang)

Sebuah rancangan khas Syawal 2021 yang mempersembahkan lapan buah lagu diiringi para pemuzik daripada Band Akustik secara akustik. Artis undangan Black dan Aina Abdul.

“Raya Barisan Hadapan” (13 hingga 15 Mei ini, jam 4 petang)

Menceritakan kisah petugas barisan hadapan yang tetap berjuang untuk memutuskan penularan pandemik Covid-19 serta cabaran yang dihadapi sepanjang bulan Ramadan dan Syawal 2021.

“Coklat Chip Boom Boom!” (13 hingga 15 Mei ini, jam 6.15 petang)

Drama muzikal yang menyelitkan mesej-mesej bermanfaat yang telah disesuaikan dengan konteks masyarakat majmuk Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri. Senario yang berlaku dalam drama ini dilakonkan dalam bentuk muzikal diringi oleh live band yang bertemakan lagu Hari Raya. Bersama-sama barisan artis Nabila Razali, Zizi Kirana, Aiman Tino, Raja Azura, Saiful Apek, Bell Ngasri, Sangeeta Krishnasamy dan Douglas Lim.

“Teh Tarik 1 KLfm Istimewa Raya 2021” (13 hingga 15 Mei ini, jam 9.30 malam)

Menampilkan persembahan nyanyian daripada artis-artis tempatan seperti Tajul, Yonny Boy, Luqman Faiz, Ramlah Ram, Neeta Manis dan Radityo yang mendendangkan lagu-lagu raya klasik dan terkini.

“Laguku@KLfm Istimewa Raya 2021” (16 Mei ini, jam 10 malam)

Program yang memberi peluang kepada pendengar KLfm yang bertuah menyampaikan permintaan lima lagu kegemaran untuk disiarkan. Penyampai radio yang bertugas juga akan berinteraksi secara langsung bersama pendengar tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca