Konflik Ali Puteh, Nor Hidayah berakhir. Berikut kronologi saman-menyaman

Konflik Ali Puteh, Siti Norhidayah berakhir. Berikut kronologi saman-menyaman
Konflik Ali Puteh, Siti Norhidayah berakhir. Berikut kronologi saman-menyaman
A
A
A

SELEPAS dua tahun berlangsung, keputusan kes saman pelawak, Ali Puteh terhadap kakak iparnya,  Nor Hidayah Mohd Ali , 30, menemui noktahnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Balu Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan (Abam Bocey) itu menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Keputusan tersebut dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan, hari ini.

Dalam pada itu, Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, juga diperintah membayar RM60,000 kepada Nor Hidayah berhubung kenyataan aib di laman sosial Instagram dua tahun lalu.

Dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dengan kos sebanyak RM13,000.

Sementara itu, Nor Hidayah turut melafazkan rasa syukur dengan keputusan tersebut.

"Alhamdulillah syukur pada ALLAH kes saman, hakim putuskan kemenangan kepada ku, Hidayah Hamzah syukur pada Allah.

"Terima kasih kepada peguam kami, mak, abah, anakku Hamzah, adik beradik, keluarga dan rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga," coretnya di laman Instagram sebentar tadi.

Baca juga “Mak jumpa abang di sana,” - Ibu Ali Puteh, Allahyarham Abam meninggal dunia

Berikut kronologi kejadian saman-menyaman antara Ali Puteh dan kakak iparnya;

1. Allahyarham Abam disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

2. Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadap Ali Puteh sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

3. Pada Mei 2020, Nor Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

4. Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Baca juga "Korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan" - Tumor makin membesar, Aaron Aziz tangguh pembedahan

5. Saman yang dibuat Nor Hidayah itu antaranya menuduh Ali Puteh mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.

6. Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

5. Pada 27 Ogos 2020 lalu, Ali Puteh memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

ABAM-HIDAYAH

6. Dalam saman itu, Ali Puteh bersama bapanya, Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan, ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad dan kakak sulungnya, Sharifah Norwahidah Syed Mohd Ridzuan pada Julai 2020 memfailkan saman fitnah terhadap Aliff Syukri dan Nor Hidayah berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube usahawan kosmetik itu.

7. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga selaku plaintif.

Terdahulu, Nor Hidayah dan Abam Bocey melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca