Kucing pecahkan mangkuk RM1,500, Chef Wan tenang, ‘hendak marah pun bukan ada otak’

KUCING, haiwan peliharaan yang manja. Selain meminati pokok hiasan, cef selebriti, Datuk Chef Wan amat menyayangi kucing peliharaannya biarpun ada yang telah menyebabkan mangkuk bernilai RM1,500 pecah.

Seperti pencinta kucing yang lain, Chef Wan sering berkongsi perkembangan kucing-kucingnya. Malah pemilik nama Datuk Redzuawan Ismail itu tidak kisah berhabisan wang bagi kos makanan dan rawatan.

Baca juga: Chef Wan bela Cik Kiah Propa 7 anak

Baca juga: Wanita jumpa kucing kesayangan selepas 10 tahun hilang. Ini tip untuk cari si bulus kalau ‘MIA’

Tidak dinafikan, ‘si bulus’ kerap menerokai kawasan dalam kediaman, memanjat dan melompat. Justeru, insiden barangan kediaman rosak dan pecah mungkin akan terjadi. Dalam kes Chef Wan, seekor kucingnya bermain hingga menyebabkan mangkuk yang dibeli di Maghribi pecah.

Tidak dinafikan sayang kepada mangkuk yang pecah kerana nilainya ribuan ringgit dan hanya boleh didapati di negara itu, namun Chef Wan tenang sahaja. Apalah sangat jika dibandingkan kasih sayangnya kepada kucing yang dinamakan Neil itu.

“Hear this loud crash…came down and look whose the culprit. He must have jumped on top of the cupboard. That hand painted Moroccon fruit bowl purchased in Marrakesh many years ago must have cost easily RM1,000 to RM1,500.

Iklan
Iklan

“Since I decided to turned this second floor as their play ground I totally forgot to store them elsewhere. Oh well is just another material gain which has its expiry date. Most important my Neil is not hurt. In life nothing last forever. Diri kita juga.

“It had its special moment up there once upon a time. So funny to see his guilty face running away from the scene to elevator. I laughed and laughed, kasihan pun ya.

“How to get angry pun as they are animals and don’t have brain like us. Neither do they know what they are or of value to them. Ada rezeki jika nak esok pi Morocco boleh beli lagi cantik. Jika tak kuasa let it be sahaja la. In the end LOVE conquered it all,” titipnya.

Baca juga: Sayang ibu… Chef Wan tetap pakaikan ibunya baju harian rekaan designer

Dalam pada itu, Chef Wan turut berkongsi ingin membuat ruang bermain khas buat kucing-kucingnya.

“I wanted to create this space for them to play. As there a glass door being reconstructed last few days they no longer have excess to the living and dining room.

“So I had the door constructed. Now they are all free to roam all the other 2 floor up and not down. As they are grown up they all need more space. Emmm tak habis-habis drama minggu ini my entire family kan,” katanya.

Kucing-kucing berkenaan sudahpun dianggap seperti keluarga sendiri. Dia malah tidak berkira langsung dengan kumpulan kucing dinamakan Cik Kiah dan anak-anaknya itu.

“Saya tak kisah berapa ribu pun saya belanja untuk mereka sebulan jika ada rezeki itu untuk mereka. Apa yg mampu pasti saya usahakan terbaik tampa berfikir panjang pun.

“Their priority is always at the top just as would care for my mom and my eldest sister each month. Ada lebih-lebih tu kita gunalah untuk keperluan sendiri. Most important they are healthy, safe and have a comfortable life.

“Nak kedekut atau sayang kan duit memang not my style dari dahulu lagi. Mau pun hal-hal kebajikan keluarga. Itu sebab rezeki saya daripada muda sampai ke tua ada sahaja tidak putus-putus. ALLAH pun sudah janji tidak akan jatuh miskin pada manusia yang suka memberi,” titip bapa kepada Serina dan Chef Riz itu.

Menerusi ruangan komen, warga maya rata-rata memuji sikap tenang Chef Wan berhadapan dengan kerenah kucing-kucingnya.

-“Thank you for being so gentle despite that situation.”

-“Pejam sebelah mata Atok, adat bela anak bulus #pasukubykpecah.”

-“Cool je DCW.”

-“Setuju kata Datuk…saya pun tidak hairan pada harta. Bagi saya merekalah nyawa.”

-“So cool DCW. They don’t have akal don’t even know the cost of the bowl. Its mean ALLAH will replace something new and beautiful due to your kindness.”

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun maut tertembak, abang 5 tahun main pistol ‘bodyguard’

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Azma ML

Recent Posts

Tidak tahan bebelan suami, ibu campak anak lelaki pekak, bisu dalam sungai buaya

  TRAGIS! Disebabkan tidak tahan mendengar ‘bebelan’ suami kerana melahirkan anak pekak dan bisu, seorang…

7 mins ago

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

11 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

13 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

13 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

15 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

20 hours ago