Mufti nasihat tunda konsert di ambang Ramadan, ini respons pihak Siti Nurhaliza. ‘Bukan sebab untung, kutip dana demi Palestin’

PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dijadualkan akan mengadakan Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac ini.

Dalam satu saranan, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, mengadakan aktiviti hiburan menjelang bulan Ramadan seolah-olah melalaikan umat Islam daripada mengingati ALLAH.

“Maaf, saya tak dapat komen sebab tak dapat liputan sepenuhnya tentang konsert itu.

“Cuma komen saya, adalah tidak elok mengadakan konsert di ambang bulan Ramadan.

“Sepatutnya umat Islam membuat persiapan rohani untuk menyambut ketibaan bulan yang mulia ini dengan membanyakkan zikir, membaca al-Quran, puasa sunat, sedekah dan sebagainya,” jelasnya.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor

Dalam pada itu, Yayasan Nurjiwa mengesahkan ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’

Iklan
Iklan
akan diteruskan, sekali gus ia tidak akan ditunda.

Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dalam satu kenyataan memaklumkan penganjuran konsert tersebut adalah sangat jelas untuk berkongsi rezeki dan amat diyakini akan mengurangkan beban penderitaan sesetengah golongan termasuk rakyat di Palestin.

Khalid yang juga suami kepada Siti Nurhaliza berkata, Yayasan Nurjiwa dengan penuh keinsafan dan berlapang dada menerima gesaan dan teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, agar konsert tersebut ditunda pada satu tarikh lain.

“Sejak mula diberikan tarikh penganjuran konsert oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional, kami di Yayasan Nurjiwa dan pihak Siti Nurhaliza sedia maklum tarikh 9 Mac 2024 menghampiri 1 Ramadan.

Baca juga: ‘Doakan Umai ya.’ Anak saudara Siti Nurhaliza ke final WCOPA 2024, bakal wakil Malaysia jika berjaya

Baca juga: Bimbang keadaan anak-anak angkat di Sekolah Afwa Al Afiyah, Gaza, Siti Nurhaliza mohon doa

Baca juga: ‘Saya percaya ALLAH SWT akan berikan juga kemenangan kepada Palestin.’ Doa Siti Nurhaliza untuk Bumi Anbia

“Kami di Yayasan Nurjiwa juga telah diberitahu oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional bahawa 9 Mac sahaja tarikh kosong yang ada untuk sepanjang 2024 yang boleh ditawarkan kepada kami.

“Untuk pengetahuan semua, pihak kami sudah mula membuat tempahan dengan Perbadanan Stadium Nasional sejak awal tahun 2023 lagi, namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat kami laksanakan dan mohon penangguhan dengan mendapatkan tarikh baharu.

“Namun, memahami matlamat dan objektif utama penganjuran Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza membuatkan kami mencapai keputusan secara konsensus untuk meneruskannya,” katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Khalid menambah penundaan konsert itu akan memberikan implikasi yang besar kepada banyak pihak khususnya produksi serta pengurusan Perbadanan Stadium Nasional.

“Bahkan, apa yang kami gusarkan sekiranya penundaan konsert dibuat, maka dana yang sewajarnya tidak di saluran dalam kadar segera kepada golongan yang sudah dikenal pasti sebagai penerima terutamanya mangsa perang di Palestin.

“Kita tidak mampu untuk menunda bekalan makanan dan bahan asas untuk saudara-saudara kita di Palestin.

“Komitmen kami kepada mangsa-mangsa perang di Palestin perlu diteruskan sejak kami memulakannya pada Oktober lalu.

“Terlewat sehari dua saja boleh mengundang malapetaka lain buat mereka. Oleh itu, Yayasan Nurjiwa berpendapat, ada baiknya konsert diteruskan demi untuk mencari dana,” kata Khalid lagi.

Selain itu, beliau menjelaskan Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza sering menyebut tujuan ‘Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza’ adalah untuk mengutip dana bagi menampung lima kluster termasuk kebajikan, kemanusiaan, keagamaan, pendidikan dan bantuan khas Palestin.

Yayasan Nurjiwa juga katanya mempunyai program khas sedekah Nur Muhammad yang menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf dan kurang berkemampuan.

“Bertitik tolak daripada matlamat itu juga, Yayasan Nurjiwa terfikir ada baiknya pementasan ‘Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza diteruskan’,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

4 hours ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

5 hours ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

20 hours ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

20 hours ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

21 hours ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

21 hours ago