Nadhir kagumi karya Namron, Quentin Tarantino

A
A
A

JUARA Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar, 24, tidak mahu membuang masa untuk mengejar cita-cita sebagai pelakon dan seterusnya pengarah berkaliber suatu hari nanti.

Mengagumi karya Namron dan Quentin Tarantino, Nadhir atau nama penuhnya,  Ahmad Nadhir Ahmad Nasar mengakui memilih untuk menyertai Hero Remaja sebagai platform mengukuhkan nama di dalam industri seni.

"Alhamdulillah, saya bersyukur atas kemenangan ini. Sejujurnya, saya tak kejar wang kemenangan, yang penting saya dapat jadikan ini sebagai satu platform untuk memulakan kerjaya sebagai pelakon.

"Sebenarnya saya ada terfikir nak sertai Hero Remaja 2017 tiga tahun lalu, tapi saya rasa masih belum cukup pengalaman. Jadi saya mula berjinak-jinak dengan dunia peragaan dahulu.

"Ketika itu saya berdoa, kalau ada rezeki saya akan sertai Hero Remaja akan datang dan tak sangka rezeki saya memang dah tertulis untuk Hero Remaja 2020," katanya ketika ditemui pada sidang media Finale Hero Remaja 2020 di pejabat Nu Ideaktiv, Shah Alam hari ini.

NADHIRDengan kemenangan itu, Nadhir membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, trofi dan selempang.

Tambah graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi & Pengajian Media (Penyiaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, dia tidak mahu membuang masa dan ingin terus mengejar cita-cita untuk menjadi seorang pelakon dan pengarah yang berkaliber.

Mengagumi karya dari Namron dan Quentin Tarantino, Nadhir berkata, dia berharap dapat menimba sebanyak mungkin ilmu dalam dunia pengarahan filem, sebelum duduk di kerusi itu.

"Saya beri masa selama empat tahun untuk mendalami ilmu lakonan, kemudian jika berpeluang saya akan cuba untuk kejar cita-cita bergelar pengarah pula.

"Saya kagum dengan bakat dan kesungguhan Namron sebab dia ada identiti tersendiri. Dia buat karya dengan penuh minat, bukan sebab nak kejar duit.

"Begitu juga dengan karya dari Quentin Tarantino, karya berbajet kecil tetapi cukup cemerlang sehingga ke pentas Oscar.

"Moga suatu hari nanti saya juga dapat hasilkan sebuah karya yang tidak memerlukan bajet besar, tapi berjaya sehingga ke pentas dunia," ujarnya.

[embed]https://www.instagram.com/p/CCsTTSenx8o/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca