Noraniza Idris, Mus May dan Linda Nanuwil, antara 14 peserta GV7
PROGRAM nyanyian kegemaran ramai, Gegar Vaganza (GV) kembali menerusi musim ketujuh dengan menampilkan gabungan penyanyi berpengalaman daripada pelbagai genre muzik sebagai peserta.
Mengangkat tema Mara Suara Membara, GV7 tampil membuat kejutan dengan menampilkan 14 peserta sekali gus menjadi bilangan peserta paling ramai sepanjang penganjuran GV sejak enam musim lalu.
Peserta terpilih terdiri daripada Mus May, Yantzen, Cliff Umar (Projek Pistol), Aju Succes, Oja, Nomad, Noraniza Idris, Rozita Izlyn, Haslinda, Ashira, Ayu Damit dan Linda Nanuwil.
Dikuti kumpulan Indigo dan Eva yang turut menyahut cabaran untuk memberikan saingan pada musim terbaharu ini.
Noraniza Idris ketika mengulas mengenai penyertaannya dalam GV berkata, dia mempunyai misinya yang tersediri dalam program tersebut.
“Sebenarnya keputusan menyertai GV7 dibuat pada saat-saat akhir. Kalau ikutkan sebelum ini pun, Astro sudah beberapa kali menjemput saya untuk menyertai GV.
“Susah nak terima sebelum ini kerana saya merupakan penggerak tegar lagu Irama Malaysia dan tentunya saya hanya fokus pada irama itu setiap kali buat persembahan pentas.
“Sedangkan GV mempunyai konsep tersendiri dengan menampilkan seseorang penyanyi itu membuat persembahan dalam tugasan merentasi pelbagai genre.
“Bagaimanapun, setelah mempertimbangkan banyak perkara, saya akhirnya bersetuju untuk menyahut cabaran ini,” katanya ketika sidang media pengumuman 14 peserta GV7 di Envi Skydining, Kuala Lumpur pada Selasa.
Musim kali ini menyaksikan tiada peserta dari negara luar terlibat disebabkan kekangan pandemik Covid-19.
Malah GV7 juga bakal dilaksanakan mengikut ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP), selain menghadkan jumlah penonton kepada 250 orang sahaja.
Masih mengekalkan format penjurian sepenuhnya oleh juri profesional, barisan peserta yang bertanding dalam GV7 akan diadili oleh juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, selain seorang juri jemputan.
Dalam pada itu, gandingan serasi Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih dikekalkan sebagai pengacara untuk musim ini sekaligus meneruskan kehangatan edisi kali ini.
GV7 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan menerusi saluran Astro Ria (123) serta Ria HD (104) selama 10 minggu, pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 11 Oktober depan.
(FOTO: Azrul Rafie - Astro)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang