Nourul Depp mahu jual cincin perkahwinan untuk tujuan amal

PENYANYI Nourul Depp membuat keputusan untuk menjual cincin perkahwinan pertamanya sebelum meninggalkan tanah air dan berhijrah ke Bali, Indonesia pada Julai depan.

Hasrat tersebut disuarakan Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abd Wahab, 44, menerusi perkongsian di laman Instagramnya pada Ahad.

“Seperti biasa sebelum nak berhijrah negara ni, Ahad adalah hari mengemas barang. Mana tinggal di Malaysia dan mana nak bawa.

Iklan
Iklan

“Cincin legend ni saya tak perasan terperuk lama dalam almari. Dah banyak kali pindah dengan saya. Saya tak pakai lagi dah semenjak 2007.

“Saya memang nak salurkan duit ni pada puan @inot72 yang banyak membantu mereka yang memerlukan,” jelasnya.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu lagi, cincin yang dibeli di Poh Kong pada tahun 1996,  boleh dibida dengan harga bermula RM300.

“Siapa nak buat koleksi cincin ni, boleh hubungi saya. Harga bermula dari RM300. Siapa bet tinggi, dia dapat,” katanya.

Sementara itu meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut Nourul mencadangkan agar cincin tersebut tidak dijual, sebaliknya diberikan kepada anak perempuan hasil perkahwin pertamanya bersama composer Ajai, Ayu Nazirah, 23.

Nourul menerusi perkahwinan kedua bersama suami, Eric Daniel Depp pada 2012, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.

Share
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

4 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

5 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

6 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

8 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

12 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

12 hours ago