Patutlah berseri di Gegar Vaganza, Noryn Aziz sah bergelar isteri usahawan

Patutlah berseri di Gegar Vaganza, Noryn Aziz sah bergelar isteri usahawan
Patutlah berseri di Gegar Vaganza, Noryn Aziz sah bergelar isteri usahawan
A
A
A

SELEPAS muncul dalam program live Gegar Vaganza Ahad lalu, berita mengejutkan apabila dilaporkan penyanyi Noryn Aziz telah selamat bernikah malam tadi.

Ada warganet yang mengusik mengatakan, ‘Patutlah wajah Noryn kelihatan berseri-seri pada konsert minggu pengenalan tersebut, rupa-rupanya seri bakal pengantin.’

Noryn selamat diijabkabul dengan jejaka pilihan hati, Shaik Rizal Shaik Sulaiman dalam satu majlis serba sederhana serta memenuhi prosedur operasi standard (SOP).

Majlis pernikahan tertutup itu berlangsung di Damansara.

Menurut laporan media tempatan, difahamkan, Noryn dan pasangan sepatutnya bernikah pada 25 Oktober, namun terpaksa dipercepatkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari ini hingga 27 Oktober.

Artikel berkaitan: Nelydia Senrose diperintah bayar ganti rugi RM89,000

Pasangan berkenaan juga pada awalnya merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka pada 1 November ini.

Bagaimanapun, rancangan itu terpaksa ditunda pada tarikh baharu sebaik selesai PKPB.

Ini merupakan pernikahan kedua bagi pasangan berkenaan.

Noryn pernah bernikah dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan berpisah pada tahun 2019.

Hasil pernikahan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah.

SinarPlus ucapkan tahniah kepada Noryn dan suami serta semoga berbahagia selamanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca