Pelakon Izuan Fitri selamat jalani pembedahan, ibu mohon doa orang ramai

izuan fitri
izuan fitri
A
A
A

PELAKON remaja, Mohamad Izuan Fitri, selamat menjalani pembedahan pada bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis dan kini menunjukkan perkembangan positif.

Ibunya, Nor Abdul Rani, berkata, Izuan, 19, berjaya menjalani pembedahan yang mengambil masa selama lapan jam dan memohon orang ramai agar mendoakan pelakon filem Crossroads: One Two Jaga dan Butak itu kembali sedar.

“Alhamdulilah pembedahan adik (Izuan) yang mengambil masa hampir lapan jam sudah berakhir. Adik mengharungi saat getir, namun dapat dilepasi.

“Terima kasih Ya ALLAH atas kasih sayang-Mu memberi adik kekuatan dalam perjuangan. Kau berikan la keajaiban atas semangat adik untuk sedar,” ujarnya menerusi hantaran yang dilakukan di laman Facebook miliknya.

Dalam masa sama, ibu pelakon itu turut merakam ucapan terim kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesembuhan Izuan.

“Terima kasih tak terhingga buat semua teman-teman yang tak putus-putus mendoakan adik. Tetaplah dengan doa agar adik boleh sedar dengan sendiri selepas pembedahan.

“Semoga adik diberikan kekuatan dan semangat untuk melawan segala kesakitan,” katanya.

Terdahulu, Izuan yang menghidap penyakit tibi dilaporkan tidak sedarkan diri pada 31 Julai lalu dan mendapat rawatan di Hospital Selayang. Difahamkan kuman tibi di dalam badan Izuan telah menyerang organ dalaman sehingga ke otak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca