Pentas DFP kembali meriah dengan pelbagai konsert menarik

Dewan Filharmonik Malaysia
Dewan Filharmonik Malaysia
A
A
A

DEWAN Filharmonik Petronas (DFP) dan Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) sentiasa berusaha memartabatkan landskap seni dan budaya Kuala Lumpur dengan mempersembahkan pelbagai persembahan menarik.

Terbaru untuk musim 2022, bermula bulan Mei ini, penonton boleh meraikan suasana perayaan Aidilfitri bersama MPO yang memberikan penghormatan kepada komposer legenda Malaysia, S. Atan menerusi konsert Cahaya Aidilfitri - A Tribute to S. Atan.

Konsert yang akan berlangsung pada 14 Mei depan itu dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose dan menampilkan barisan artis legenda seperti Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz.

Mereka akan berganding bahu bersama MPO untuk mempersembahkan rendisi simfonik lagu-lagu raya ikonik ciptaan S. Atan.

Seterusnya, peminat-peminat R&B dan Hip-hop pula akan dihiburkan oleh kumpulan Ruffedge yang pertama kali beraksi di pentas DFP menerusi konsert Ruffera pada 2 Julai.

Diikuti penyanyi pop lagenda Malaysia, Datuk Aishah akan menyertai MPO yang sekali lagi dipimpin konduktor Ahmad Muriz Che Rose, menerusi konsert solo, Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous pada 6 Ogos depan.

Aishah bakal mempamerkan vokal hebat dengan mempersembahkan seleksi lagu popularnya yang akan diberikan nafas simfonik baharu oleh MPO.

Kesemua konsert ini pernah dijadualkan untuk musim 2020 konsert DFP sebelum ini tetapi terpaksa dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Namun, ia dianjurkan semula atas sokongan dan permintaan peminat-peminat yang mahukan konsert-konsert ini diadakan. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert-konsert ini, boleh layari laman web DFP, www.dfp.com.my/2022season.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca