Program menarik RTM sempena Ramadan 2021

BERTEMAKAN Sucinya Ramadan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menampilkan kempen Program Khas Ramadan RTM 2021 dengan menyajikan pelbagai rancangan menarik sepanjang Ramadan tahun ini.

Menerusi program khas tersebut, RTM menawarkan pilihan program terbaik menerusi saluran TV utamanya iaitu TV1, TV2 dan TV Okey, selain siaran di 34 stesen radio.

Iklan
Iklan

Antara yang menarik di TV1 ialah dokumentari Syahadah memaparkan keindahan Islam dalam kalangan masyarakat Islam kontemporari berlandaskan al-Quran.

Program itu akan bersiaran sepanjang Ramadan mulai 13 April, jam 6.30 petang menerusi TV1.

Diikuti program Tadabbur Ramadan, Salam Pagi, Borak Dulu #barubuka, Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom, Singgah Sini

dan Kembara Awish & Juju.

Tidak ketinggalan telefilem eksklusif di slot Panggung RTM menerusi Bilal Gantian, Selumbar, Terlajak Subuh dan Ku Genggam Kunci Syurga.

Saluran TV2 turut meriah dengan pilihan program seperti Chef Rose Masak Apa?, Ihya Ramadan, selain drama bersiri seperti Kuali Mentua Lauk Menantu, Calon Menantu Tuan Rumah

dan lain-lain.

Saluran TV Okey menyantuni penonton setia salurannya dengan drama bersiri baharu, Kelmarin Cinta dan telefilem Izrail Memanggil.

Sementara itu, menerusi saluran radio, RTM buat kali sembilan menampilkan program Jelajah Ramadan 2021

, melibatkan 24 buah lokasi di seluruh negara bermula 8 April hingga 9 Mei depan.

Tidak ketinggalan, stesen-stesen radio RTM turut menawarkan pelbagai rancangan khas mengimarahkan bulan Ramadan..

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

4 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

5 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

5 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

8 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

10 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

11 hours ago