Radio Gegar anjur ibadah korban di Kelantan
SEMPENA sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, stesen radio pilihan No. 1 di Pantai Timur, Gegar menganjurkan ibadah korban menerusi ‘Korban Raya GEGAR 2021’.
Menerusi kempen itu, stesen Gegar telah mengagihkan daging korban kepada tiga buah kampung di Tanah Merah, Kelantan iaitu Kampung Padang Lalang, Kampung Banggol Nering, Kampung Batu Hitam.
Proses penyembelihan serta pengagihan daging korban dikendalikan oleh Geng Gegar Fan Club (GGFC) di Tanah Merah dan daging korban diagihkan kepada hampir 145 buah rumah dari kampung-kampung tersebut.
Pengurus Kandungan Gegar, Raja Nadia Salwana Raja Hisham berkata, selain melaksanakan ibadah yang dituntut dalam Islam, tujuan penganjuran ‘Korban Raya GEGAR 2021’ adalah untuk berkongsi rezeki bersama peminat di Kelantan dan sebagai tanda terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka kepada jenama GEGAR.
“Kami bersyukur berpeluang menjalankan ibadah korban dan mengagihkan sumbangan ini kepada peminat-peminat kami di Kelantan tahun ini.
“Disebabkan norma baharu dan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti turun padang seperti ini dihadkan.
“Bagaimanapun dengan kerjasama dan bantuan Geng Gegar Fan Club (GGFC) dari Tanah Merah sendiri, usaha ini dapat dijalankan untuk kami berkongsi rezeki bersama peminat dan penduduk kampung dalam meraikan Hari Raya Aidiladha,” katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang