Rai hari jadi ke-74, Datuk DJ Dave kongsi kegembiraan dengan anak-anak kurang bernasib baik

A
A
A

SABAN tahun setiap kali tiba hari ulang tahun kelahirannya pada 14 Februari, penyanyi popular era 1970-an. Datuk DJ Dave sentiasa memilih untuk mengadakan sambutan bersama anak-anak kurang bernasib baik tanpa mengira bangsa dan agama.

Istimewa sempena ulang tahunnya yang ke-74 pada tahun ini, DJ Dave memilih untuk meraikan bersama kanak-kanak di Pusat Jagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah di Petaling Jaya.

Penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu Ingin Bersua dan Menjelang Hari Raya itu turut menghiburkan 105 kanak-kanak istimewa yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India itu dengan seleksi lagu popularnya.

“Melihat keluarga dan orang sekeling bahagia adalah lebih bermakna buat saya. Begitulah lahirnya nilai murni untuk saling mengasihi dan tidak bermusuhan,” katanya yang turut menyampaikan lagu kegemarannya, Kau Bahagia, Ku Bahagia.

Dalam pada itu, tahun 2022 juga merupakan tahun bermakna buat DJ Dave apabila genap 50 tahun penglibatan dalam industri seni tanahair. Malah sepanjang tempoh terbabit, sebanyak 43 album telah berjaya dihasilkan di mana, beberapa lagu masih didengari sehingga kini.

Datuk DJ Dave mesra melayani anak-anak kurang bernasib baik pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-74 di Pusat Jagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah di Petaling Jaya baru-baru ini.

Bersempena itu juga, penyanyi yang cukup dikenali dengan sikap pemurah itu turut melancarkan produk terbaharu Kopi Mata Cen-Roma Dave.

“Saya meupakan pengasas dan duta produk Kopi Mata keluaran CenGreen Global Sdn Bhd. Kopi ini mengandungi 0.34 peratus  kandungan lutein yang menjadikan ia baik dalam penjagaan mata.

“Saya sendiri telah mencuba kopi ini selama tahun dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.

“Melalui pelancaran produk ini, saya berharap dapat memasarkannya secara lebih meluas. Malah, tidak lama lagi kami juga akan mengadakan roadtour di beberapa negeri untuk pencarian agen produk Cen Roma Dave ini,” katanya.

(FOTO: DATUK DJ DAVE)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca