Ramadan kali ini unik, sibuk promosi jenama wangian sendiri, hari raya masa untuk berehat bersama keluarga - Fazley Yaakob

20240327_140301_0000
20240327_140301_0000
A
A
A

 

"TAHUN ini Ramadan unik kerana buat pertama kali saya menolak beberapa tawaran untuk berada di hotel kerana sibuk dengan perniagaan termasuk mempromosikan jenama produk sendiri.

Ungkap cef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob ketika ditanya tentang persiapan Ramadan bagi tahun 2024.

Beliau berkata, enam tahun sebelum ini, banyak menerima tawaran daripada hotel lima bintang tetapi tahun ini lebih memilih untuk mempromosikan jenama sendiri dan sibuk mengendalikan restoran.

"Kita menguruskan perniagaan sendiri, mencuci tandas dan memastikan pekerja mempunyai gaji.

"Jadi, apabila kita mengendalikan perniagaan sendiri memang akan sibuk. Walaupun cabaran lebih besar, namun kepuasannya lebih banyak yang kita dapat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Pâtissier Pure Parfum, di Hotel Maya, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam majlis itu, Fazley melancarkan tiga koleksi terbaharu wangian mesra Muslim, Pâtissier Pure Parfum, dengan kerjasama syarikat bumiputera, ENKÉ Malaysia.

Untuk edisi pengenalan ini, tiga varian wangian diperkenalkan iaitu Parisian Macarons, Lemon Meringue Pie dan Vanilla Cream Puff.

Beliau berkata, koleksi yang dihasilkan itu diilhamkan daripada produk makanan popular di Suka Sucre, yang telah beroperasi selama 10 tahun.

"Kita ada 36 produk tetapi untuk edisi pengenalan ini, tiga varian wangian terlebih dahulu diperkenalkan iaitu Parisian Macarons, Lemon Meringue Pie dan Vanilla Cream Puff.

"Wangian Parisian Macarons menampilkan aroma yang meliputi nuansa badam, pistachio, bunga mawar, vanila, gula yang dikaramel, dan musk. Ia juga melahirkan imbasan yang hangat dan manis serta mengingatkan kepada pencuci mulut Perancis.

"Buat wangian Lemon Meringue Pie pula, aromanya diliputi nuansa buah lemon, sentuhan berkrim, kulit pastri berperisa, vanila, serta gula. Ini menimbulkan sensasi manis dan ceria, yang mengingatkan pada pengalaman menikmati pai.

"Manakala wangian Vanilla Cream Puff mempertaruhkan aroma mewah vanila, pastri berkrim, karamel, dan juga gula. Ini melahirkan aura manis dan memikat, mengingatkan pada pencuci mulut yang manis," katanya.

Tambah bapa kepada empat cahaya mata itu, berdasarkan kajian data, tiga varian tersebut memang selayaknya dijadikan wangian kerana ia antara produk kesukaan ramai sejak Suka Sucre dibuka.

"Saya mengambil masa mengkaji lebih kurang enam bulan sebelum menghasilkan koleksi ini. Bab paling sukar adalah apabila mahu memastikan bau-bauan berkenaan sesuai dengan pasaran Asia dan antarabangsa.

"Kita juga menyasarkan mereka yang pergi ke masjid dan umrah. Perfume bertema islamik tetapi bauannya daripada Perancis, saya dapat gabungkan kedua-dua dan ia lain daripada biasa," ujarnya.

WANGIAN BERASASKAN MAKANAN

Katanya lagi, koleksi itu inspirasi daripada anak-anak yang kian meningkat remaja dan mempunyai rakan sebaya yang menyukai wangian berasaskan makanan manisan.

"Kalau kita tengok di Eropah dan Amerika Syarikat telah ada elemen makanan dimasukkan dalam wangian terutama vanila, blueberry dan strawberri maka mengapa tidak, saya mengambil elemen marketing (Suka Sucre)yang sedang popular dan juga orang memakai tanpa was-was khususnya menunaikan solat.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan raya pula, chef selebriti itu memberitahu, mahu berehat dan bersantai sahaja memandangkan kini sibuk dengan bisnes.

"Selain wangian yang baharu dilancarkan, fokus saya juga terarah kepada produk yang kini dipasarkan tanpa dilancarkan secara fizikal iaitu rendang cikgu Timah dan menyirap serta menguruskan restoran.

"Bukan sahaja saya, malah isteri dan anak-anak juga turut sibuk berniaga. Jadi, kami sekeluarga memilih untuk berehat raya nanti setelah melalui rutin bekerja yang padat ketika Ramadan," ujar Fazley.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca