Realiti tersirat dalam Nusyuz Berkiblat Cinta
PENDERAAN rumah tangga merupakan tunjang utama kepada penceritaan siri mini terkini Astro Ria dalam Nusyuz Berkiblat Cinta.
Drama yang diterbitkan oleh Arisz Ab. Rahman memaparkan naratif two sides to every story mengenai penderaan domestik yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita.
Penceritaan menerusi tujuh episod ini mengisahkan Hawa yang merupakan seorang wanita yang mahukan segala aspek kehidupan mengikut kehendaknya termasuk perkahwinannya dengan Adam.
Dia turut bertekad untuk menundukkan suami kerana keegoannya. Namun tanpa disedari, tindak-tanduk Hawa terhadap suaminya mirip-mirip penderaan psikologi, mental dan emosi.
Naskhah itu mengangkat empat orang pelakon muda sebagai teraju utama iaitu Emma Maembong yang memainkan watak utama Hawa, Fikry Ibrahim sebagai Adam, Nadhir Nasar sebagai Erfhan dan Shaza Bae sebagai Safiana.
Drama itu diarahkan sutradara berbakat besar, Hadith Omar dan turut didukung oleh barisan pelakon hebat lain seperti Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Jangan ketinggalan untuk saksikan Nusyuz Berkiblat Cinta pada setiap hari Ahad, jam 9 malam, mulai 3 April hingga 15 Mei secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang