Rizman teruja kehadiran Rizqaa, Ruzaini bakal timang cahaya mata sulung

MAJORITI pencinta fesyen lokal umum mengetahui pereka dan pengasas jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin dan isteri tercinta, Nurida Suraya Mohd Suhaimi selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama, Rizqaa.

Momen manis itu diumumkan Rizman menerusi laman sosial Instagram lalu mendapat ucapan tahniah bertalu-talu daripada rakan selebriti dan para pengikutnya pada pagi Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Rizman yang mengusahakan label fesyen bersama rakan kongsi, Ruzaini Jamil turut berkongsi dengan umum maksud nama puteri sulung beliau yang membawa pengertian rezeki dan kurniaan ALLAH SWT.

“Bismillahirahmanirahhim…dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.. pemilik sekian alam. Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti…princess Rizqaa, A blessing, gift from Almighty (rezeki dan kurniaan ALLAH SWT).

“Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi,” coret beliau dalam IG peribadinya itu.

Itu kisah tentang puteri comel Rizman dan isterinya yang selamat diijabkabul pada 13 September 2019.

KEHADIRAN Rizqaa pada Rabu lalu memberi sinar baharu dalam kehidupan rumah tangga Rizman dan isteri, Nurida Suraya.

Kini pencinta fesyen jenama Rizman Ruzaini juga nampaknya teruja menunggu kelahiran bayi sulung, Ruzaini Jamil dan pasangan, Hidayati Yahya yang dijangka bersalin pada hujung tahun ini.

RUZAINI dan pasangan bakal menimang cahaya mata sulung pada hujung tahun ini.

Ruzaini atau nama sebenarnya, Wan Ruzaini Wan Jamil sebelum ini turut menzahirkan kesyukuran apabila ALLAH memakbulkan doa mereka selepas menanti selama empat tahun dengan penuh kesabaran.

‘Frontliner layak sarung PPE terbaik, berkualiti’ – Rizman Ruzaini

Share
Izyan Liyana

 

Published by
Izyan Liyana

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

5 hours ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

6 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

6 hours ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

7 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

8 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

11 hours ago