Saya sakit tak boleh bangun dari katil berbulan-bulan – Karl Shafek

SELEPAS setahun menghilang, pelakon dan pengacara Karl Shafek tampil mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku ke atas dirinya dalam tempoh itu.

Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 40, membuat perkongsian tersebut menerusi laman Instagramnya pada Selasa.

“Bulan lepas sebenarnya genap setahun saya bertarung dengan masalah kemurungan yang banyak memberikan kesan buruk kepada diri saya.

“Sejak tahun lepas saya sendiri tak berminat nak bertemu atau berinteraksi dengan sesiapa.

“Saya juga jadi tak berminat untuk berkerja kerana ruang kerja saya biasanya banyak melibatkan pergaulan, perbincangan yang meletihkan serta memerlukan saya menjadi seorang yang kreatif.

Iklan
Iklan

“Saya lebih selesa menyendiri atau bersama orang yang saya percaya sahaja,” luahnya.

Menurut Karl, dalam tempoh itu dia mula mengenali siapa yang layak dianggap sahabat sejati dan siapa yang sebaliknya.

Bagaimanapun, Karl yang juga merupakan seorang usahawan itu juga meluahkan rasa syukur kerana masih dikelilingi keluarga dan sahabat yang banyak memberikan semangat dan mahu dirinya bangkit kembali.

“Sebelum ini banyak perkara yang secara mudahnya akan membuatkan anxiety, stress dan emosi saya bercelaru.

“Terlalu banyak perkara di luar sedar juga turut terjadi. Saya menjadi terlalu fragile sehinggakan mendapat tahu tentang orang lain membunuh pun selalu mempengaruhi saya.

“Bukan sekali, tapi sehinggakan berkali-kali saya dikejarkan ke hospital. Sekali lagi saya berterima kasih kepada yang sentiasa berada di samping saya pada waktu tersebut,” jelasnya.

Mengulas tentang punca dirinya berada dalam keadaan tersebut, kata Karl, antaranya adalah disebabkan ditipu dalam perniagaan

“Punca sebenarnya banyak. Perniagaan saya ditipu, disantau (saya tak pernah cerita hal ini) sehingga saya sakit, tak boleh bangun dari katil berbulan-bulan lalu dan banyak perancangan perniagaan tak menjadi mungkin antara faktor utamanya.

“Saya masih ingat diketawakan dan dipermainkan orang yang saya anggap sahabat bila mengatahui saya tak sihat. Tak apalah. Allah SWT saja yang membalasnya,” katanya.

Dalam tempoh itu juga, Karl turut menjalani pelbagai rawatan untuk memulihkan penyakitnya itu. Biarpun keadaannya kini tidak seratus peratus kembali seperti dulu, Karl mengakui kesihatannya semakin OK.

“Kualiti hidup saya juga berubah tapi saya redha. Mungkin ini perancangan Allah SWT untuk saya. Saya cuma follow the flow.

“Saya doakan sesiapa yang mengalami masalah seperti saya supaya cepat sembuh dan jangan ada rasa malu untuk meminta bantuan orang sekeliling.

“Jika anda perasan perubahan pada rakan atau ahli keluarga juga, tolonglah cepat berikan pertolongan.

“Kalau mahu pendapat just DM me anytime. Insya-ALLAH saya cuba bantu. Bukan nak jadi hero, tapi saya tahu seksa depresi itu.

 

(FOTO: Instagram Karl Shafek)

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

7 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

9 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

9 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

11 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

16 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

16 hours ago