Saya terharu sehingga menitiskan air mata – usaha Azhan Rani bantu mangsa banjir

AZHAN RANI
AZHAN RANI
A
A
A

BANTUAN kepada mangsa banjir terus giat dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk golongan selebriti dan orang perseorangan yang sama-sama prihatin dengan bencana alam yang berlaku di sekitar Lembah Klang sejak Jumaat lalu.

Pelakon Azhan Rani turut mengambil inisiatif sendiri dengan menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan hasil sumbangan para pengikutnya di laman Instagram pada Isnin.

Menurut Azhan, pada mulanya dia hanya berhasrat untuk menyumbangkan sebahagian pakaian untuk kegunaan mangsa banjir terlibat. Namun apabila berkongsi hasrat tersebut di Instagram, ramai pengikutnya yang ingin turut serta membantu dan menyalurkan bantuan.

“Sebenarnya saya tak rancang beriya pun kerana saya hanya buat seorang sahaja. Pada awalnya saya hanya ada satu kotak baju yang saya rasa boleh bagi pada mangsa banjir.

“Bagaimanapun saya kemudiannya terfikir, kenapa saya nak bawa satu kotak baju saja, sedangkan kenderaan saya boleh memuatkan lebih banyak barang lagi.

“Jadi saya panjangkan kepada rakan-rakan media sosial, kalau ada orang nak tumpang barang,” ujarnya yang merancang pada saat-saat akhir.

Tambah pelakon yang cukup dikenali menerusi watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur itu, dia sangat tersentuh dengan keprihatinan dan sikap pemurah yang ditunjukkan rakyat Malaysia.

“Saya tak sangka rakyat Malaysia sangat-sangat pemurah. Masing-masing laju DM (Direct Messege) untuk berikan sumbangan sehingga saya tak sempat nak membalas semuanya kerana terlalu ramai yang nak membantu sama.

“Ada juga orang dari Singapura yang minta nombor akaun kerana nak menyumbang dan membantu orang Malaysia yang dilanda musibah banjir. Jadi saya sangat-sangat terharu sehinggakan menitiskan air mata pada tadi. Hari mereka, mungkin satu masa nanti hari kita pula,” katanya yang akan melakukan beberapa trip pengagihan kerana barangan terlalu banyak.

Dalam pada itu, Azhan yang membeli dan menghantar sendiri segala barangan keperluan ke pusat pusat pemindahan sementara mangsa banjir itu turut mengharapkan doa daripada orang ramai agar segala kerja-kerja bantuan dipermudahkan dan sampai kepada mangsa yang terlibat.

“Saya harap semuanya dipermudahkan. Kepada petugas-petugas di pusat pemindahan banjir, harap semuanya selamat.

“Dalam masa sama, kita jangan lupa Covid-19 masih lagi ada dan kita sama-sama jaga diri. Terima kasih dermawan-dermawan yang menyumbang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

(FOTO: Instagram Azhan Rani)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca