‘Selamat jalan nona manis.’ Adik meninggal dunia, berbeza agama tak halang Melly Goeslow beri penghormatan terakhir

PENYANYI dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw berkongsi perkhabaran duka, kehilangan adiknya Shanty Yuliet Goeslaw yang meninggal dunia pada Isnin.

Berita kematian Shanty atau Uli Goeslaw itu dimaklumkan Melly menerusi akaun Instagramnya.

“Selamat jalan adikku Shanty Yuliet Goeslaw ( Uli Goeslaw ), bahagialah disana .

“Nona manis nona ambon dah tak payah susah-susah lagi memikirkan semua masalah di dunia ini ya sayang, InshaALLAH nanti kita bertemu lagi ya,” katanya.

Iklan
Iklan

Baca juga:8 bulan selepas potong usus, berat badan Melly Goeslaw turun 34kg

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan punca kematian adik kesayangannya itu.

Dalam video yang dimuat naik tersebut, Melly kini beragama Islam bersama suaminya, Anto Hoed hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Baca juga:Daripada saiz XXL ke M, Melly Goeslaw kongsi rahsia diet tanpa guna sebarang produk

Suasana pilu dilihat menyelubungi kediaman berkenaan, selepas anak perempuan Uli tidak dapat menahan kesedihan ketika dipeluk Melly.

Malah, Melly turut menghampiri keranda dan mengusap lembut tangan adiknya.

Sebelum itu, Melly dibesarkan sebagai penganut Kristian sebelum memilih untuk memeluk agama Islam pada 1995 setelah menikah dengan suaminya.

Walaupun, penyanyi lagu Gantung itu sudah bertukar agama, hubungan kekeluargaan antara mereka masih erat.

Baca juga:Kelahiran tragis! Wanita pilu anak meninggal dunia ketika bersalin, kepala tertinggal dalam rahim. ‘Beri saya keadilan’

Menurut Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman, tiada halangan bagi orang Islam menghadiri majlis penghormatan kematian orang bukan Islam ataupun perkabungan mereka bagi menzahirkan simpati.

Cuma katanya, seseorang itu tidak boleh ikut serta dalam upacara keagamaan lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter

InstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Share
Nilam Nur Atikah Oshman

Published by
Nilam Nur Atikah Oshman

Recent Posts

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

24 mins ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

1 hour ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

2 hours ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

2 hours ago

Justin Bieber bakal bergelar bapa, Hailey hamil 6 bulan kongsi foto baby bump

SIAPA tidak kenal penyanyi lagu Baby yang popular 10 tahun lalu. Kini meningkat dewasa, Justin…

3 hours ago

Kediaman Angah Raja Lawak raih perhatian, dapur macam kitchen restoran. Sempoi. ‘Rumah besar, suami pandai masak. Bestnya’

BAGI yang mengenali Angah Raja Lawak, pasti tahu beliau cukup aktif dalam lakonan dan juga…

6 hours ago