Siku 12 : Langkah Derhaka angkat kehebatan seni silat dan Muay Thai

FILEM Siku 12: Langkah Derhaka arahan Azhari Zain memiliki kekuatan tersendiri kerana menonjolkan kehebatan seni persilatan Melayu dan Muay Thai untuk menarik penonton ke pawagam.

Naskhah bergenre aksi terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd itu menampilkan gandingan hebat dua aktor popular tanah air iaitu Syafiq Kyle dan Zahiril Adzim selaku teraju utama.

Ia dimantapkan lagi dengan penampilan barisan pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.

Penerbit Eksekutif, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, perancangan untuk menerbitkan filem yang membabitkan kos sebanyak RM1.2 juta itu bermula pada penghujung 2019.

Iklan
Iklan
Hafiz bersama salah seorang pelakon utama Siku 12 : Langkah Derhaka, Syafiq Kyle.

Bagaimanapun katanya, penggambaran filem itu pula hanya dapat dimulakan pada 2021.

“Kami juga mengambil sedikit masa sebelum memulakan penggambaran kerana perlu melakukan kajian mendalam mengenai seni silat siku 12 dan mencari barisan pelakon yang benar-benar sesuai dan boleh bersilat untuk beraksi dalam filem itu.

“Penggambaran filem Siku 12: Langkah Derhaka mengambil masa selama 15 hari, membabitkan lokasi penggambaran sepenuhnya di Pendang dan Alor Star, Kedah.

“Bagi menampakkan suasana sebenar pertarungan ratusan pelakon tambahan digunakan dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka.

“Selain penampilan istimewa seramai 20 penari menora daripada Persatuan Manora Kedah dan Manora Kham Kampung Kalai,” katanya.

Mengenai cabaran menghasilkan filem berkenaan pula, kata Mohd Hafiz, dia hanya mengambil alih projek filem itu pada saat akhir.

“Saya bersetuju mengambil alih projek dari produser, Mohamad Pozi Mansor bukan atas dasar persahabatan semata-mata tetapi saya percaya filem ini mempunyai potensi besar dan berpeluang untuk diangkat ke peringkat antarabangsa.

“Siku 12 ini adalah ilmu persilatan seni silat tua Melayu permainan 12 yang jarang diketengahkan dalam filem sebelum ini,” jelasnya.

Filem Siku 12: Langkah Derhaka ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober selain turut ditayangkan serentak di tujuh pawagam di Singapura dan satu pawagam di Brunei Darussalam.

Ia mengisahkan Atid dan A Wut berketurunan Siam adalah dua sahabat baik tinggal di Kampung Siam, Pendang, Kedah.

Mereka sangat meminati seni mempertahankan diri Muay Thai, apatah lagi, pertandingan Muay Thai dianjurkan selepas padi dituai dengan terbuka kepada peninju dari Thailand, setiap tahun.

Bapa Atid, Ayah Man pernah belajar ilmu persilatan Seni Silat Tua Melayu Permainan Siku 12 dengan Tuan Guru Haji Zainal.

Semasa berlawan dengan beberapa perompak bersama sahabatnya, Harun, Ayah Man secara tidak sengaja tertikam salah seorang perompak dan peristiwa itu memberi kesan kepadanya.

Namun apabila Atid besar, dia mengagumi ketangkasan bapanya menumpaskan lintah darat dan beriya-iya mahu bapanya mengajar jurus persilatan, biarpun Ayah Man cuba mengelak.

Namun, Atid tidak menyangka sahabatnya, A-Wut mengkhianatinya apabila mendengar Ayah Man menurunkan ilmu persilatan kerana beranggapan Atid mementingkan diri mempelajari ilmu berkenaan tanpanya.

Siku 12, antara dendam, jurus Siku 12 Langkah Derhaka, maruah diri, cinta, persahabatan dan takdir, di sinilah bakal merungkai segala-galanya…

Share
Aqmar Mustaza

 

Recent Posts

Tumbuhan hijau sumber inspirasi, Darwennah Siska guna nama sendiri untuk jenama fesyen. ‘Unik, rare & pilihan ibu tersayang’

MINAT dalam dunia fesyen membuatkan Darwennah Siska tidak betah memilih bidang lain sebagai kerjaya utama.…

15 hours ago

Bawa kain bertulis ‘Free Palestine’, anak bongsu Perdana Menteri berani pamer solidariti dalam majlis konvoksyen di New York

TAHNIAH diucapkan buat anak perempuan Perdana Menteri, Nurul Hana Anwar yang berjaya menggenggam skrol selepas…

15 hours ago

5 tahun ‘berehat’ daripada berlakon, Julia Ziegler rindu nak ‘comeback’. ‘Kerja terbaik di dunia jadi ibu…’

“SAYA rindu sangat jika ada rezeki nak ‘comeback’ dalam dunia lakonan.” Ungkap pelakon dan model,…

15 hours ago

Kuih kaswi ‘gedik’ resipi tular, cukup mudah nak buat & bahan pun simple je. Wanita ini kongsikan caranya!

PERTAMA kali menikmati kuih kaswi ‘gedik’, cukup lembut, kenyal, lemak manis dan dimakan pula bersama…

17 hours ago

Tular video di atas pelamin, Zainal Ariffin berkahwin?

BARU-baru ini tular video yang memaparkan lelaki dipercayai pengacara terkenal, Zainal Ariffin Ismail dilihat berada…

17 hours ago

‘Bukan kehilangan tapi memulangkan.’ Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

BARU-baru ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan lelaki, Muhammad Syafiq Salehin, 32, yang tidak pulang…

20 hours ago