Siti Nurhaliza sah hamil empat bulan

TEKA-TEKI berkenaan kehamilan kedua, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini terjawab apabila beliau mengumumkan berita gembira tersebut hari ini.

Pengumuman itu dilakukan menerusi Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti yang berlangsung secara online melalui aplikasi Zoom.

Beliau yang sedang hamil empat bulan menzahirkan kesyukuran dan keterujaan apabila bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata.

Iklan
Iklan

“Tidak dinafikan, ramai yang sudah boleh agak tentang perkara ini (hamil), namun saya mendiamkan diri duduk di rumah berehat susulan situasi pandemik.

“Terima kasih kepada mendoakan. Saya berdoa semoga diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang menjalani proses kehamilan kedua ini,” kata beliau yang turut ditemani suami, Datuk Khalid Muhammad Jiwa.

SITI NURHALIZA berharap diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang menjalani proses kehamilan kedua.

Ditanya, mengenai jantina bayi pula pelantun lagu, Purnama Merindu itu menjawab dengan ringkas: “Saya tidak kisah lelaki ataupun perempuan, namun lebih seronok sekiranya diberikan rezeki sepasang,” katanya seraya ketawa.

Terdahulu sebelum itu, Siti meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua dan merancang untuk melakukan proses rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF) seperti yang pernah dilakukan sebelum ini .

Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun.

Share
Izyan Liyana

 

Published by
Izyan Liyana

Recent Posts

Tidak tahan bebelan suami, ibu campak anak lelaki pekak, bisu dalam sungai buaya

  TRAGIS! Disebabkan tidak tahan mendengar ‘bebelan’ suami kerana melahirkan anak pekak dan bisu, seorang…

18 mins ago

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

12 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

13 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

14 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

15 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

20 hours ago