Sudah 10 tahun Daler Yusuf sambut raya di Malaysia

DALER YUSUF
DALER YUSUF
A
A
A

BIARPUN sudah 10 tahun meraikan Aidilfitri jauh dari tanah kelahirannya di Uzbekistan, pelakon dan model popular, Daler Yusuf tetap bersyukur apabila dapat dapat merasai pengalamanraya berbeza di Malaysia.

Menurut Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 30, sambutan di sini jauh lebih meriah berbanding di negara asalnya, baik dari segi persiapan mahu pun aktiviti yang dilakukan.

“Tahun ini merupakan kali ke-10 saya menyambut raya di Malaysia. Jujurnya, saya sangat suka dan teruja dengan suasana raya di sini kerana sambutannya sangat meriah.

“Semua orang bersungguh-sungguh nak raikan hari ‘kemenangan’ buat seluruh umat Islam ini. Tak kira siapa, 1 Syawal diraikan dengan penuh kegembiraan.

“Sambutan di negara asal saya pula hanya biasa-biasa sahaja. Mungkin sebab dulu Uzbekistan sebuah negara komunis dan sambutan untuk perayaan ini tidak dibenarkan sehinggalah kami mencapai kemerdekaan,” ujarnya yang bakal pulang menziarah saudara-mara di sana pada Mei ini.

Berkongsi kenangan raya yang tidak dapat dilupakan, Daler berkata, antara yang paling diingati adalah ketika mengikut rakannya beraya di Negeri Sembilan.

“Semenjak menetap di sini, setiap tahun saya akan ikut rakan-rakan pulang beraya di kampung mereka di serata tempat di Malaysia.

“Bagaimanapun raya yang paling seronok buat saya adalah pada tahun 2015. Ketika itu saya terlibat sebagai model untuk muzik video lagu Daiyan Trisha dan pengarahnya mempelawa saya untuk ikut dia pulang beraya di kampung.

“Raya di sana sangat meriah. Saya dapat rasa main bunga api, lepak ramai-ramai malam raya dan makan pelbagai juadah yang sedap,” imbau Daler.

Dalam pada itu Daler bersyukur sejak beberapa tahun lalu, keluarganya turut datang ke Malaysia dan meraikan Aidilfitri bersama.

“Sejak keluarga ada di sini, makin seronoklah saya sambut raya. Kami sama-sama sediakan juadah dari Uzbekistan iaitu Plov, sejenis manisan yang sangat popular di sana.

“Dapat jugalah jemput kawan-kawan datang beraya di rumah dan rasa juadah kami pula,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca