Tawaran terhebat sempena sambutan ulang tahun keenam Go Shop
PENERAJU perniagaan beli-belah dari rumah dan e-Dagang popular Malaysia, Go Shop kini meraikan ulang tahun keenam dengan kempen #GoShopGreaterTogether bermula 31 Oktober hingga 13 Disember depan.
Kempen ulang tahun keenam Go Shop itu juga tampil dengan pelbagai tawaran eksklusif dan diskaun istimewa sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka.
Antaranya pelanggan boleh menikmati tawaran mingguan eksklusif, potongan harga sehingga 60 peratus (%) dan produk di bawah RM60.
Selain itu, Go Shop turut memberikan kupon bernilai RM600,000 membolehkan pelanggan menikmati potongan RM20 dengan pembelian minimum sebanyak RM300, dengan kod promosi: ANNIVERSARY20.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Dr. Grace Lee, pada tahun ini Go Shop telah menunjukkan perkembangan sangat baik menerusi peningkatan pendapatan dan bilangan pelanggan berbanding tahun lalu.
“Dengan asas yang kukuh untuk perjalanan transformasi digital kami, Go Shop dapat mengikut rentak perubahan dengan memperluaskan produk kesihatan dan kesejahteraan, serta menawarkan makanan segar dan beku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Makanan dan barangan dapur seterusnya meningkat kepada tiga kategori pembelian tertinggi di Go Shop.
“Kami komited untuk menyokong perniagaan tempatan dan salah satu daripada usaha kami untuk membantu Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) merangkumi e-Bazaar semasa musim Hari Raya, bertujuan membantu PKS dan Mikro-PKS dalam situasi mencabar ini,” katanya.
Bersempena kempen tersebut, Go Shop juga telah menganjurkan 6th Anniversary Live Party pada Sabtu lalu bersama hos-hos dan selebriti tempatan termasuk Datuk Aznil Haji Nawawi, Datin Fouziah Gous, Linda Onn dan Nad Zainal.
Istimewa pada hari tersebut, pelanggan-pelanggan boleh menikmati tawaran eksklusif ulang tahun sepanjang satu hari.
Sementara itu, menerusi aplikasi mudah alih Go Shop, pelanggan dapat mengambil bahagian dalam permainan mudah Tap & Win dan peraduan Spend & Win dengan kerjasama GDEX, sekali gus berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.
Tidak hanya itu, pelanggan juga dapat menikmati potongan harga eksklusif apabila mereka melakukan pembelian secara dalam talian dengan GrabPay, Standard Chartered dan Public Bank sepanjang tempoh kempen ini.
Ikuti Go Shop setiap hari menerusi Astro saluran 118, 120 dan 111 untuk siaran bahasa Malaysia atau saluran 303, bagi bahasa Mandarin untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran Go Shop 6th Anniversary dan pelbagai tawaran lain.
Layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.
(FOTO: Go Shop)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang