Tegar sering meminjam wang, bekas isteri buka rahsia bercerai

TEGAR, penyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, mendedahkan perkahwinannya dengan Sarah Sheilka Kamilia sudah berakhir.

Tegar Septian, 21, menerusi Instagram (IG) Story, tampil membuat pendedahan mengenai keruntuhan rumah tangga, namun, tidak berkongsi tarikh perceraian.

Katanya, dia mengalami depresi akibat sukar mencari wang sehingga menyebabkan tubuhnya menjadi kurus.

“Aku sudah tidak bersama Sara lagi. Aku sudah terlalu penat. Dan, aku berjanji tidak mahu terulang lagi seperti ini,” tulisnya.

Iklan
Iklan

Ujarnya, dia dan isteri kelihatan romantis dalam media sosial, namun, hakikatnya ramai tidak tahu kerunsingan berdepan dengan pelbagai tekanan.

“Aku memang manusia tidak sempurna. Kalau anda mahu tahu, aku tertekan memikirkan banyak hal. Sekali lagi, mulai detik ini, aku sudah tidak sama Sarah lagi.

“Aku memilih untuk hidup baharu dan bermula dengan kosong,” katanya.

Penyanyi terkenal Indonesia itu juga mendedahkan dia tidak betah apabila terpaksa duduk di rumah.

Baca juga Fida Ibrahim keguguran, janin 4 bulan disambut atas tapak tangan

“Kalian harus tahu, aku selalu berada di rumah sahaja. Jujurnya, aku orang yang tidak betah duduk di rumah.

“Aku jadi kurus terlalu banyak berfikir. Sukar cari duit membuatkan aku benar-benar depresi,” tulisnya.

Sementara itu, di IG Story bekas isteri Tegar, Sarah mendedahkan sikap bekas suaminya yang dikatakan sering meminjam wang daripada orang terdekat untuk membayar kos rumah dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, Tegar juga dikatakan menggunakan nama isteri dan anaknya untuk meminjam wang sedangkan mereka sekeluarga masih mempunyai wang simpanan dan ianya mencukupi untuk kegunaan harian.

Baca juga Son Ye Jin kini hamil anak sulung, Hyun Bin…

Usai berpisah, wang tabungan tersebut telah dibahagi sama rata dan Sarah memaklumkan sudah tidak mahu bertanggungjawab jika ada sesiapa yang bertanya perihal Tegar selepas ini termasuk tindakan bekas suaminya yang meminjam wang dengan alasan melibatkan ahli keluarga.

Bekas peserta Big Stage 2022 itu mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

12 hours ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

1 day ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

1 day ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

1 day ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

2 days ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

2 days ago