Tomok, Fizie Molek FM, Wawa Zainal pula positif Covid-19
SEMAKIN hari, kes Covid-19 semakin menunjukkan peningkatan, malah seorang demi seorang artis dan selebriti berkongsi berita duka turut terkena jangkitan virus tersebut.
Terbaru, penyanyi Tomok, 37, memaklumkan dirinya positif Covid-19 pada Sabtu. Menurutnya, perkara yang paling ditakuti sejak lebih dua tahun lalu akhirnya berlaku.
“Benda paling nak elak sekarang kena pada saya. Insya-ALLAH semoga baik-baik saja. Apa yang penting anak-anak dan isteri negatif. Alhamdulillah,” katanya yang turut memuat naik foto paparan kit ujian Covid-19 kendiri miliknya menerusi satu perkongsian di Instagram hari ini.
Selain Tomok, penyampai radio Molek FM, Fizie Roslan turut berkongsi berita sama apabila sah dijangkiti Covid-19 pada Jumaat.
“Dari semalam demam, pening kepala yang amat sangat dan sengal-sengal habis satu badan. Kena angin pun terketar-ketar.
“Tahun 2022, akhirnya Covid-19 singgah dalam badan seorang Fizie. Doakan ya. Jangan runsing Abang Jie cuba kuat,” ujarnya.
Selain Fizie, isterinya Fatin Syarmimi, turut positif. Namun, Fizie berasa lega apabila anak-anaknya ketika ini berada di Kelantan.
“Nasib baiklah anak-anak papa semua kat kampung. Alhamdulillah. Tunggu nanti papa dengan mama sihat, baru abang dengan kakak balik ya. Rindu amat ni kat anak-anak papa,” luah Fizie.
Sementara itu, pelakon Wawa Zainal juga melalui ujian serupa apabila turut tersenarai sebagai salah seorang pesakit Covid-19 apabila dijangkiti virus tersebut beberapa hari lalu.
“Selepas bertahun bertahan.. Selalu jadi kontak rapat, akhirnya saya pula positif Covid-19. Doakan.
“Hari kedua Covid-19 masih demam dan pening kepala. Semalam sakit urat yang teruk sampai tak boleh bangun. Alhamdulillah hari ini beransur pulih,” katanya.
Dalam pada itu, suaminya, Aeril Zafrel dan dan anak-anaknya tidak dijangkiti virus terbabit.
Terdahulu sebelum ini, Aeril, 33, pernah dua kali dijangkiti Covid-19 iaitu pada Januari dan Ogos tahun lalu.
Sejak seminggu lalu, beberapa orang selebriti turut memaklumkan positif Covid-19 seperti Nadya Syahera, Datuk Fizz Fairuz, Datin Elvina, Azira Syafinaz, Luqman Faiz, Datuk Afdlin Shauki, Tasha Manshahar dan ramai lagi.
(FOTO: INSTAGRAM TOMOK, FIZIE & WAWA ZAINAL)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang