[VIDEO] Ieda Moin minta maaf kata doktor jahat
"ALHAMDULILLAH kami semua di set #sangpewaris telah menjalankan swab test Covid-19 dengan mematuhi SOP yang ditetapkan."
Begitulah perkongsian penyanyi dan pelawak Ieda Moin dilaman Instagram miliknya semalam.
Menerusi video berdurasi 1 minit 28 saat itu, kelihatan Ieda Moin amat takut untuk diswab.
Dia juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid kerana bersama-sama hadir ketika saringan dijalankan.
Apa yang menarik perhatian warganet, oleh kerana terlampau takut dengan swab test itu, Ieda Moin mengatakan doktor jahat.
"Maaflah ye... tercakap doktor jahat. Cikda tak sengaja takut sangat huhuhu. Jangan kecam Cikda okay," ujarnya.
Artikel berkaitan: ‘Doakan yang terbaik buat kami’ – Elizad selesai jalani ‘embryo transfer’
Rata-rata warganet terhibur melihat keletahnya, kata mereka;dinaboek - Kalau melatah tadi tak tahulah apa yang jadi.
ct_sim80 - Alhamdullillah... Finally... saya pulak yang scary.
tnachan - Hahahaha... doktor ni jahat la. Comeii sangat.
norasihkingani - Nasib tak melatah... kalau tak, habis kena katok doktor.
fauziahlatiff - Hehehe well done dear ❤
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang