[VIDEO]"Rasa macam tengok K-drama!"- Drama Takdir Yang Tertulis jadi perhatian warganet
JIKA suatu ketika lalu, drama 7 Hari Mencintaimu berjaya memikat hati penonton, kini drama Takdir Yang Tertulis pula menjadi sebutan ramai.
Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih, sakit hati dan tertanya-tanya di sosial media mengenai drama tersebut.
Takdir Yang Tertulis yang ditayangkan di saluran TV3 jam 10 malam setiap Isnin-Khamis itu juga membuatkan penonton tidak senang duduk untuk menunggu episod seterusnya.
Mungkin impak lakonan Nazim Othman, Nad Zainal dan Elvina Mohamad berjaya menusuk jiwa penonton walaupun baru sahaja ditayangkan.
Cerita yang mengisahkan suami yang curang berkahwin pula dengan sahabat baik. Berjaya merahsiakan selama tujuh tahun.Di saat isteri pertama diceraikan, dibuatnya wanita itu jatuh terduduk kehilangan semuanya.
Terbaharu, heroin drama tersebut iaitu Nad Zainal memuat naik sedikit sedutan dari episod sebelumnya di laman Instagram.
Nad turut menulis di ruangan kapsyen,"Siapa menangis scene ni? angkat tangan!”
Memang sangat sedihlah scene tersebut yang mana memaparkan hubungan ibu dan anak, Juweta (Nad) yang berteriak menangis kerana anaknya, Mika diambil oleh Azlan (Nazim).
Perkongsian berkenaan turut dibanjiri komen-komen warganet dan pengikut yang rata-rata sakit hati menonton scene itu.
SinarPlus turut amat tertarik dengan komen yang menyifatkan drama ini seperti K-drama.
dxisywxve_ - Nanad ni sampai serak-serak suara, rasa macam tengok K-drama dia pun feel tu sampai, semua pelakon TYT sangat best boleh menang anugerah cerita ni.starpaczone_ - Sedihnya... bila disingkirkan dengan cara begitu.
kekasih.ain - Scene yang ni paling syok tengok! Duk ulang banyak kali.
elfisyatikah - Serius sangat-sangat tak pernah tengok cerita awal episod dah bergegar dah jantung kita.
miszznlyaa - Saya masih tak boleh move on lagi part ni, kesian Juweta.
suzieazie80 - Nad sedih betolla. Sekelip mata hilang suami dan anak. Hebat lakonan. Drama best sangat ini. Feel sangat.
normiechristina - Dah puas nangis dengan drama lepas, kini nangis balik. Terbaik lah Nad!
Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu
pertengkaran besar di pejabat mereka. Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi
Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed).
Selamat menonton dengan air mata ya semua. Kita sambung episod seterusnya Isnin ini.
Sumber : Instagram Nad Zainal
View this post on Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang