Zamarul Hisham bukti masih relevan

NAMA Zamarul Hisham kembali menjadi perbualan hangat sejak drama Aku Tanpa Cintamu menemui penonton pada 15 September lalu.

Ternyata, pelakon berusia 51 tahun itu membuktikan hero berusia sepertinya masih mampu memberi ‘tamparan’ hebat kepada penonton dengan lakonan mantap.

“Saya sudah berusia 50-an dan rasa sudah berusia sangat tetapi saya sangat bersyukur dengan rezeki yang ALLAH SWT beri dan kepercayaan oleh stesen televisyen.

“Saya tidak pernah menganggap apa sahaja watak yang datang sebagai ‘makanan’, sebaliknya ia adalah satu tanggungjawab besar perlu saya pikul,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Tambah Zamarul, dia sudah bersedia dengan kecaman akibat lakonan mantap diberikan, selain merasakan ia adalah satu perkara positif daripada penonton.

“Kecaman sebab orang benci lihat lakonan kita adalah perkara positif. Mereka benci sebab ia (lakonan) menjadi, cuma janganlah terbawa-bawa sampai keluar,” ujarnya sambil tertawa kecil.

Meskipun kembali aktif berlakon, suami kepada aktres Diana Rafar itu tidak akan semberono menerima apa sahaja tawaran yang datang.

Ujarnya, sebelum Covid-19 melanda Malaysia, dia masih aktif berlakon, namun pandemik itu mengehadkan karier lakonannya.

“Selagi saya diperlukan sebagai pelakon, saya akan tetap berlakon. Cuma dengan umur begini, sudah tentu saya akan pilih watak sesuai.

“Seperti berlakon dengan Bella, saya sudah anggap dia macam adik dan kita sebolehnya cuba elakkan bersentuh tetapi jika perlu, saya sebagai pelakon senior akan minta izin dan bincang sebelum mulakan penggambaran,” jelasnya.

Nasihat

Sementara itu, ditanya nasihat Zamarul untuk pelakon baharu, Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18 itu berpegang kepada prinsip ketekunan dan kesungguhan terhadap skrip.

Katanya, sebagai pelakon senior, dia sememangnya mengalu-alukan kedatangan pelapis industri seni, namun mengharapkan mereka tidak sambil lewa dalam bekerja.

“Perkara utama jika mereka mahu menjadi pelakon adalah ketekunan dan kesungguhan. Sejak dulu saya amalkan buat sebaik mungkin.

“Bila dapat skrip, saya tak ambil lewa, ikhlas dan bersungguh-sungguh bekerja. Itu yang buat saya masih bertahan.

“Memang sejak awal lagi, kami dilatih menghargai tanggungjawab. Ini bidang yang kita pilih. Jika berlakon sekadar untuk glamor dan nama, kita tidak akan ke mana,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Share
Aqmar Mustaza

 

Published by
Aqmar Mustaza

Recent Posts

Dayah Bakar kongsi momen sebagai isteri pejuang negara. ‘Pengorbanan ibu ibarat ladang pahala, saham akhirat’

PENGHIAS muka depan minggu ini, SinarPlus tampilkan Dayah Bakar, pengacara yang petah berbicara dan sangat…

1 hour ago

Macam anak dara! Nenek usia 63 tahun muncul wanita tertua di gim, dedah rahsia awet muda

SIAPA sangka, seorang wanita di China menjadi sensasi di media sosial apabila penampilannya tak ubah…

1 hour ago

Pemain sayap kebangsaan Faisal Halim disimbah asid, sekelip mata baju mencair, berikut kronologi kejadian

BERITA pemain Selangor FC, Faisal Halim cedera disimbah asid mengejutkan ramai. Apatah lagi apabila ia…

2 hours ago

Bibik dapat ‘tuah’, terima wasiat lebih RM12 juta

  TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Seorang pembantu rumah di…

3 hours ago

Percutian sekeluarga berakhir tragedi, bapa dan dua anak ditemukan lemas

DUA jam sebelum kejadian tiga beranak meninggal dunia akibat lemas, si ayah yang dikenali sebagai…

18 hours ago

Azmi Saat jawab persoalan netizen tentang siapa jaga bayinya. ‘Kami bukan pasangan buta pertama berbuat demikian’

UMUM mengetahu vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad menimang cahaya mata perempuan…

20 hours ago