Ajaibnya laungan azan, rumah lelaki ini tak dimasuki air banjir. “Ia hanya lalu, tidak masuk rumah.”

KETIKA terjadinya bencana dan kecemasan di luar jangkaan, ramai di antara kita akan mengumandangkan azan sebagai usaha meminta perlindungan daripada ALLAH daripada bahaya.

Ternyata terlalu banyak bukti kekuasaan ALLAH yang dibuktikan dengan pelbagai insiden. Antaranya Al-Quran serta rumah diwakafkan untuk jemaah tabligh tidak dibasahi air banjir.

Sesungguhnya setiap bencana berlaku turut dikirimkan pertolongan. Perkara itu dibuktikan dengan kisah seorang lelaki dikenali sebagai Faiz yang melaungkan azan ketika air deras mula memenuhi kawasan kediaman rumahnya di Hulu Langat ketika bencana banjir besar baru-baru ini.

Dengan izin-NYA, kediaman lelaki itu tidak dimasuki air seperti mana rumah-rumah lain disekelilingnya.

Baca juga: Beg Ditemui Tidak Jauh Dari Mayat Kanak-Kanak Tertimbus, Bila Dibuka Isinya Amat Memilukan

Iklan
Iklan
Gambar hiasan

Pada peringkat awal, kata Faiz rumahnya masih dalam keadaan selamat manakala rumah-rumah di bahagian belakang sudah dinaiki air.

“Kemudian saya mula perasan air mula sampai di bahagian belakang rumah. Ia masih di paras kaki lima rumah atau takat buku lali sahaja,” katanya.

Melihat situasi itu, dia kemudian mengarahkan ahli keluarga keluar daripada rumah kerana bimbang berkemungkinan rumah mereka akan ditenggelami banjir.

“Saya pun memindahkan ahli keluarga ke seberang jalan sana yang lebih tinggi. Mereka duduk di dalam kereta.

“Apabila saya patah balik semula ke rumah air, dalam sekelip mata sahaja air sudah melimpahi kawasan ini (depan rumah) dan arusnya sangat deras.

“Air mula melimpahi sehingga ke sini,” katanya sambil menunjukkan paras air adalah pada tangga paling atas ketika itu.

Baca juga: Kemalangan Maut 9 Beranak: Suami Diserap Jawatan Tetap, Anak Tidak Terlibat Nahas Ditaja Pendidikan

Walaupun dalam situasi yang cemas, Faiz menceritakan bagaimana dia melaungkan azan meminta pertolongan daripada Maha Pencipta.

“Pada ketika itu saya sudah tidak tahu untuk melakukan apa. Syukur kepada ALLAH, terima kasih kepada ALLAH, dengan izin-NYA saya azan. Saya tengok air mula hendak melimpah masuk ke dalam rumah.

“Saya berdiri di sini (anjung rumah), menghadap ke arah kiblat. Saya azan sehingga habis. Saya dapati air langsung tidak masuk ke dalam rumah.

“Air hanya lalu sahaja. Walaupun arusnya deras, ia hanya lalu sahaja. Ia tidak masuk ke dalam rumah,” tuturnya.

Justeru atas keajaiban yang berlaku, Faiz melafazkan syukur. Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi dan semua yang terjadi adalah asbab kepada kebaikan.

”Saya sangat bersyukur kepada ALLAH, ALLAH Maha Baik kerana saya dalam keadaan macam ini (banjir dan cemas) dapat mengingati ALLAH.

“Bukan senang nak ingat kepada ALLAH, rezeki. Syukur kepada ALLAH, saya berterima kasih kepada ALLAH kerana rumah ini dalam keadaan yang selamat jika hendak dibandingkan dengan rumah di sekeliling kawasan ini.

“Jadi, apa-apa pun kita ini semua akan kembali kepada ALLAH. Susah senang, kita kena bersangka baik kepada-NYA.

“Keajaiban ALLAH SWT sahaja yang mampu menyelamatkan kita daripada segala musibah yang berlaku. KUN FAYAKUN.”

“ALLAH Maha Baik, tidak akan menzalimi hamba-hambanya. Semua yang terjadi ini adalah asbab kepada kebaikan,” katanya.

Dalam pada itu, warga maya turut berkongsi amalan-amalan yang dilakukan telah menyebabkan mereka terhindar daripada bencana itu dengan izin ALLAH.

“Amalan saya setiap hari baca Surah Ar-rahman, Al-Waqiah, Yassin, Al -Mulk, Al-Muzammil, Al-Baqarah dan Al-Imran. Terima kasih Ya ALLAH kerana telah selamatkan saya daripada musibah banjir yang dahsyat.”

“Saya ada pengalaman rumah di kampug hampir dibadai angin ribut. Abang ipar saya laungkan azan ketika itu, dengan kuasa ALLAH angin ribut beralih ke kawasan lain. Syukur Alhamdulillah.”

Baca juga: Sukarelawan Meninggal Tika Menabur Bakti Dalam Ops Banjir, Pemergian Dicemburui Hari Jumaat

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook Qatrunnada, Tiktok Ejafendi

Share
Azma ML

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

1 hour ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

2 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

3 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

5 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

9 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

9 hours ago