Anak sulung raih 9A SPM 2022, Menteri Pendidikan peluk, ucap tahniah

Anak sulung raih 9A SPM2022, Menteri Pendidikan peluk, ucap tahniah

HARI ini tentu ramai ibu bapa calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022 melalui saat mendebarkan menerima keputusan anak masing-masing.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek juga tidak terkecuali apabila cahaya mata sulungnya, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, 18, turut mengambil keputusan peperiksaannya hari ini.

Baca juga: Pernah kehilangan anak 12 tahun lalu, Menteri Pendidikan menitiskan air mata, tersentuh santuni murid pejuang kanser

Biarpun sibuk dengan tugasan sebagai menteri, ibu kepada lima cahaya mata itu sempat meluangkan masa bersama permata hatinya di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Tidak lupa tanggungjawab dan perhatian kepada keluarga, Fadhlina yang turut hadir bersama suami, Mohd Fadzli Arsad.

Menteri Pendidikan telah berada di bangku ibu bapa lebih sejam sebelum meninggalkan lokasi pada jam 11.40 pagi.

Menerusi laman sosial Facebook, Fadhlina menzahirkan rasa syukur atas kejayaan Thurayya Fadhilah itu sementelah masa yang diluangkan bersama anaknya itu terhad.

“Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki dari ALLAH SWT, anakanda Thurayya Fadhilah berjaya memperoleh keputusan 9A dalam SPM tahun 2022.

“Sebagai ibu, saya sangat terharu dengan kejayaan ini kerana saya tahu jerih perih usaha yang telah anakanda berikan dan terhadnya masa dan perhatian yang saya luangkan untuk bersamanya menghadapi tahun-tahun yang mencabar ini

“Semoga anakanda terus berusaha mencapai kejayaan dunia dan akhirat,” titip Fadhlina.

Baca juga: 5 info menarik Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan wanita pertama

 

Anak beliau, Thurayya Fadhilah yang memperoleh keputusan 9A menitipkan rasa syukur.

Pun begitu, beliau mengakui rasa tertekan kerana ramai pihak meletakkan harapan yang tinggi.

Baca juga: Macam cikgu, gaya Fadhlina Sidek di Parlimen jadi perhatian, siap ambil kehadiran

“Sebagai anak Menteri Pendidikan dan anak sulung pula, saya akui tertekan kerana ramai pihak meletakkan harapan yang tinggi.

“Bagaimanapun mak saya sentiasa memberikan sokongan dan tidak kisah dengan apa juga keputusan yang diperoleh.

“Sambil peluk, mak saya ucapkan tahniah kepada saya,” katanya.

Thurayya Fadhilah yang merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas ini merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pendidik yang telah mengajarnya dari peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat sekolah menengah.

Wanita muda itu berharap kejayaan yang diperolehi menjadi suntikan semangat buat empat adiknya yang lain agar berjaya dalam akademik.

Fadhlina turut menitipkan nasihat dan semangat buat calon SPM 2022 agar terus belajar, mendalami ilmu dan tidak mudah menyerah kepada kesukaran.

“Syabas saya ucapkan kepada semua pelajar yang menerima keputusan SPM hari ini. Usaha dan kerja keras kalian akhirnya membuahkan hasil.

“Tahniah juga kepada para guru, ibu bapa dan semua yang gigih dan cekal dalam membimbing dan mendidik para pelajar.

“Keputusan hari ini adalah pemula kepada banyak lagi cabaran dan peluang dalam kehidupan. Pesan saya teruskan belajar, gali ilmu dan luaskan pengalaman.

“Jangan mudah menyerah dengan kesukaran dan kegagalan dalam hidup yang sementara.

“Doa saya buat semua anak-anak pelajar yang dikasihi agar dewasa bersama karakter dan peribadi unggul berteraskan ilmu, bakti dan akhlak yang tinggi. Selamat maju jaya!” titipnya.

Baca juga: Tak berpuas hati dengan keputusan SPM? Ini cara mudah mohon semak semula via online. Ibu bapa kena tahu ni

Baca juga: Bantu anak muda jadi doktor, Dr Sheikh Muszaphar umum tajaan pelajar SPM 2022 jurusan perubatan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

11 hours ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

12 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

12 hours ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

14 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

14 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

18 hours ago