Anak sulung tinggalkan ‘sarang’ demi menimba ilmu, Dr Halina bergenang air mata. ‘Sukar untuk melepaskan, tetapi kami perlu kuat’

ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha berkongsi momen sebak ketika menghantar anak sulungnya. Akhirnya saat berpisahan sudah tiba, Sophea Isabella atau Bella mendaftar ke Kolej Permata Pintar Negara (KPPN).

Menerusi perkongsian di Instagram akaun miliknya, video memaparkan momen Bella berpelukan bersama enam adiknya membuatkan warga maya sebak.

Turut dipaparkan suasana di sekitar kawasan institusi pendidikan tersebut yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut bapa kepada tujuh cahaya mata itu, beliau berasa sangat berat hati untuk melepaskan puteri sulungnya kerana ia merupakan kali pertama mereka berjauhan namun harus dilakukan demi masa depan.

Iklan
Iklan

Baca juga: Anak sulung bakal ke asrama, Dr Sheikh Muszaphar sayu. ‘Jaga solat, adab & diri, buat segalanya kerana ALLAH’

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar pilih Kolej Permata Pintar untuk Bella. ‘Selepas berfikir, berbincang & solat istikharah’

“Ini kali pertama buat Bella dan kami sebagai ibu bapa. Dr Halina (isteri) sudah bergenang air mata. Sukar untuk dilepaskan, tetapi kami perlu kuat.

“Semoga ALLAH melindungi Bella sepanjang perjalanan dia, semoga dia tenang. Demi ilmu pengorbanan harus dilakukan.

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar kongsi anak menangis, syukur ditawarkan ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC). ‘All the hard work paid off’

Baca lagi Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor

Baca ni Genius, IQ Bella lebih 130, ikuti kem Permata Pintar, Dr Sheikh Muszaphar dedah 8 perkembangan tika kecil

“Kami menyediakan anak-anak kami untuk masa ini. Untuk berdikari dan kuat. Meninggalkan sarang semata-mata untuk menimba ilmu. Tetapi apabila tiba masanya, ia amat sukar,” tulis nya pada ruangan kapsyen.

Manakala Dr Halina pula memuat naik video pendek momen bermakna perpisahan dengan Bella demi menggapai cita-cita.

Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen rata-rata netizen turut sebak dan sempat menitipkan kata-kata semangat buat Bella dan ibu bapa hebat itu. Ujar mereka:

“Setiap ibu dan ayah akan menitiskan air mata untuk cahaya mata. All the best Bella.”

“Berbeza situasi tetapi dengan perasaan yang sama. Terpaksa melepaskan anak yang dijaga dari tapak kakinya sebesar dua jari. Hari ini ibu terpaksa menyaksikan anak meninggalkan rumah demi ilmu dan masa depan.”

“Bertabah ya mommy. Anak sulung umpama ‘separuh nyawaku pergi’ apabila dia tiada di rumah. All the best Bella!”

“Good luck Bella. Saya pasti mesti Bella boleh sesuaikan diri dengan cepat,”

Terdahulu, ini Bella telah berjaya menerima tawaran dari tiga institusi pendidikan hebat secara serentak iaitu Kolej Yayasan Saad, Kolej Tunku Kurshiah dan Kolej Genius Permata Pintar Negara dan Dr Sheikh Muszaphar telah memilih KPPN selepas hasil daripada perbincangan sekeluarga dan solat istikharah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Share
Azma ML

Published by
Azma ML
Tags: Dr Halina

Recent Posts

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

3 hours ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

4 hours ago

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

8 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

10 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

14 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

15 hours ago