‘Aydan tidur dulu, nanti mama ayah tidurlah.’ Lukisan, telatah anak petanda akan pergi selamanya meruntun hati
‘Aydan tidur dulu, nanti mama ayah tidurlah.’ Lukisan, telatah anak petanda akan pergi selamanya runtun hati ramai
PEMERGIAN si kecil ini menjadi perhatian ramai. Anak kecil bernama Aydan meruntun hati ramai apabila lukisannya beberapa hari sebelum meninggal dunia menunjukkan seolah-olah dia tahu bakal dijemput ILAHI.
Hantaran Facebook Nor Hazwani, 33 menerusi akaun Wunny Amir menjadi tular hingga menerima 13,000 reaksi dan 12,000 perkongsian.
Allahyarham Aydan Hadiff Muhammad Afiq, 7, maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bangi, Selangor.
Kemalangan terjadi apabila motosikal dinaiki mereka bertiga bertembung dengan sebuah lagi motosikal lain di Seksyen 2, Bagi.
Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi, Aydan yang dikejarkan ke Hospital Serdang pergi jua pada kira-kira jam 7.20 pagi, 5 April lalu susulan pendarahan dalaman pada otak dan abdomen.
Melalui beberapa hantaran di Facebook, Hazwani berkongsi beberapa kelakuan Aydan yang seolah-olah tahu akan pergi buat selama-lamanya.
Menurut Hazwani, terdapat satu lagi lukisan yang mana anaknya berkopiah dan sangat mirip seperti kain kafan yang dipakai jenazah sebelum dikebumikan. Berikut perbualan mereka:
“Mama, tengok ni Aydan lukis. Aydan lukis mama, ayah dengan Aydan. Ini Aydan tengah tidur ,” kata Aydan datang tunjuk lukisan dia dengan nada penuh keceriaan.
“Comelnya… kenapa Aydan tidur, Mama dengan Ayah tak tidur? Aydan tidur dulu, nanti mama dengan ayah tidurlah.”
“Kenapa tidur jauh sangat, bukan Aydan tidur tengah ke? Aydan hanya ketawa kecil.
“Kenapa takde kaki tangan ni? Ish mama ni, ni yang macam baby pakai tulah mama. Aydan jadi baby balik, hehe. Oh pakai bedung ye,” titip si ibu.
“Alllahuakbar, rupanya bukan kain bedung tetapi kain kafan.
Satu lagi gambar Aydan lukis lebih besar, sama seperti dengan pakaian terakhir Aydan siap berkopiah putih,” titip Hazwani.
Manakala dalam satu hantaran lain, si kecil itu meminta disolatkan. Kata Hazwani dialog itu dituturkan hampir setiap hari selama beberapa minggu sebelum Aydan meninggal dunia.
“Aydan, jom solat,”katanya.
“Mama solatkan,” kata Aydan.
“Ish mana ada orang boleh solatkan, kena solat sendiri la. Bila kita meninggal nanti baru orang mandikan, solatkan,” kata si ibu.
Jauh di sudut hati, ibu muda itu reda anak sulungnya itu tiada lagi dan pasrah dengan ketentuan-NYA.
“ALLAH, tak sangka anak mama memang nak disolatkan. Mama dan ayah minta maaf tak dapat solatkan Aydan. Tapi kami sudah wakilkan ramai yang solatkan dan doakan Aydan.
“Bermain dengan gembira ‘di sana’. Nanti jemput Mama Ayah sekali ya, kita main ‘di sana’ sama-sama,” titip Hazwani.
Warga maya rata-rata tersentuh dengan hantaran wanita itu mendoakan agar beliau, suami dan seluruh ahli keluarga tabah serta kuat menghadapi kehilangan Aydan.
- “Allahu sedihnya, semoga syurga buatmu adik Aydan.”
- “Allahu, anak syurga.”
- “Tenanglh di syurga ALLAH.Wahai anak syurga dan tunggulah ayah dan ibumu di sana.”
- “Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam Takziah untuk puan sekeluarga. Semoga Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan yang tertinggi untuk puan serta suami. Insya-ALLAH, Aydan menunggu di syurga.”
- “Walaupun tak kenal tapi berita sebegini sangat mengesankan. Salam takziah ouan. Semoga ALLAH memberi kekuatan luar biasa pada Puan, suami dan keluarga. Aydan menunggu ibu ayahnya di syurga”
- “Anak syurga, masuk syurga tanpa hisab, sedang menanti ibu dan ayahnya di pintu syurga.”
Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.
Sumber: Wunny Amir
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang