Banyak perubahan, pernafasan makin baik. Keadaan terkini Baby Naail buat ramai melting

BAYI bernama Muhammad Naail Wan Aslam, 12 bulan, atau lebih dikenali sebagai Baby Naail menjadi perhatian ramai.

Si kecil itu menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy Type 1 (SMA1) iaitu penyakit genetik otot saraf atau neumuscular genetic disorder akibat mutasi gen neuron motor survival 1 (SMN1) iaitu protein penting pada saraf tunjang yang berfungsi mengawal otot badan.

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH, hasrat satu Malaysia untuk melihat Baby Naail sembuh daripada penyakit tersebut semakin menjadi kenyataan.

Dalam perkembangan terbaharunya, Baby Naail kini menempuhi banyak perubahan yang baik.

Menerusi perkongsian di TikTok @babynaail_journey, anggota badan anak ketiga kepada pasangan Siti Norraihan Mohd Amin dan Wan Aslam Zakaria itu bertambah kuat.

“Alhamdulillah, syukur, banyak perubahan keadaan Naail sekarang. Tangannya yang semakin kuat (boleh angkat bahagian lengan, boleh sentuh tangan kiri dan tangan kanan, masukkan jari dalam mulut, tahan pegang sesuatu gunakan dua-dua tangan.

Iklan
Iklan

Baca juga Baby Naail selamat disuntik ubat Zolgensma RM9.8 juta, warganet sebak lihat senyumannya

 

“Kaki Naail yang cuba angkat ketika sedang meniarap, ada rasa tendangan pada kaki jika menolak lutut. Kepala yang boleh bergerak ke kiri dan kanan dengan laju, boleh geleng-geleng, boleh keraskan kepala pada arah yang dikehendaki walaupun kita tolak.

“Badan. Badan Naail semakin kuat sehingga anakanda boleh keraskan badan pada arah yang dia nak. Walaupun mengiring, badannya boleh tahan untuk tidak jatuh terlentang. Ada percubaan ntuk menahan badannya,” ujarnya.

Pun begitu, menurut perkongsian itu lagi, Baby Naail belum boleh ditanggalkan mesin Bipap sepenuhnya namun syukur pernafasan semakain baik.

“Pernafasan. Yang ni nampak semakin baik, Naail sekarang sudah boleh bukak Bipap dan bernafas sendiri sehingga satu jam lamanya! (Sebelum ni hanya mampu bertahan 15 – 30 minit) Subhanallah.

“Kami latih dua kali sehari iaitu ketika mandi. Dan nafasnya tak laju serta sama ketika pakai Bipap. Cumanya ia boleh dilakukan pada keadaan Naail sihat, tak banyak air liur kerana jangkitan.

“Ramai tanya, bila agaknya Naail boleh buka Bipap. Wallahualam, yang pasti nafas Naail semakin baik. Insya-ALLAH, semoga terus turun pressure sehingga Naail boleh bebas daripada pakai mesin Bipap, bernafas sendiri.

“Penghadaman. Yang ini agak lambat. Kerana ia melibatkan kesesuaian susu buat Naail. Sekarang masih lagi dalam percubaan susu mana yang terbaik buat Naail.

Baca juga Demi Baby Naail, kutipan melebihi RM9 juta dikumpul daripada rakyat Malaysia yang pemurah

“Menelan. Alhamdulillah sekarang nampak Naail ada usaha untuk menelan air liur sendiri. Walaupun kami buka mask Bipap Naail, bila kami suction air liur Naail, sangat sedikit dan tak terkumpul air liurnya. Ada kemungkinan Naail ada telan air liurnya sendiri. Ini pun ada training dan rawatannya iaitu speech therapy.

“Alhamdulillah. Itu sahaja update terkini keadaan anakanda Naail. Umur Naail baru sahaja capai setahun pada 18 Julai yang lepas. Doakan agar anakanda kami terus sihat dan membesar dengan baik, serta boleh berkhidmat pada Ummah, Bangsa dan Negara. InsyaAllah,” doanya.

April lalu, Team Misi Rakyat dan bantuan daripada Founder Misi, Nor Ahmad Faiz Mohd Adli, 32, membantu meringankan beban dengan membuka kutipan dana untuk bayi itu yang memerlukan suntikan ubat Zolgensma bernilai RM9.8 juta. Hasil kutipan warga Malaysia yang penyayang, Baby Naail terlah diberi suntikan berkenaan pada pertengan Jun lalu.

Melihat video yang dikongsikan, rata-rata warga maya melting melihat senyuman Baby Naail sekarang. Bukan hanya itu, mereka turut meletakkan gelaran anak angkat Malaysia dek kerana sumbangan itu buat rakyat bersatu.

Alhamdulillah semoga Baby Naail akan terus diberikan kesihatan yang terbaik seperti kanak-kanak lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Ayuh healing di pulau tercantik bersama insan tersayang, ini 5 destinasi terbaik raikan Hari Ibu

SAMBUTAN Hari Ibu nampaknya semakin meriah apabila banyak promosi menarik dianjurkan bagi meraikan insan tersayang.…

42 mins ago

‘Laki muda tapi matang, untung isteri.’ Harris Alif jaga Intan Ladyana & bayi dalam pantang dipuji ramai

PERKONGSIAN Intan Ladyana mengenai perkembangan bayi keduanya yang baharu lahir mengundang tumpuan ramai. Selain wajah…

51 mins ago

Waze buat hal, pemuda sesat 6 jam di Kedah ditemui menangis kebingungan. Berikut 4 tip cara guna elak laluan ‘merepek’

BARU-baru ini tular di laman sosial pengguna aplikasi navigasi Waze yang terpaksa menempuhi perjalanan sukar…

3 hours ago

1,000 pendaki lalui pengalaman ngeri ‘tersangkut’ kesesakan di ketinggian 1,127 meter

  MOMEN menakutkan yang dialami sekurang-kurangnya 1,000 pendaki apabila terkandas di tebing berketinggian 1,127 meter…

3 hours ago

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

12 hours ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

14 hours ago