Demi Baby Naail, kutipan kini melebihi RM9 juta dikumpul daripada rakyat Malaysia yang pemurah

ALHAMDULILLAH, syukur kepada ALLAH, hasrat untuk melihat Muhammad Naail Wan Aslam untuk sembuh daripada penyakit Spinal Muscular Atrophy Type 1 (SMA1) semakin menjadi kenyataan.

Anak kepada Siti Norraihan Mohd Amin dan Wan Aslam Zakaria serta anak saudara kepada pelakon Fattah Amin disahkan menghidap penyakit genetik jarang jumpa itu selepas usia mencecah empat bulan.

Baca juga: Satu suntikan, RM9 juta untuk adik Naail terus bernafas. Ujian si kecil ini cukup besar

Naail

Baca juga: Kos ubat RM9 juta, anak saudara Fattah Amin hidap penyakit jarang jumpa perlu rawatan segera

Naail terpaksa bergantung sepenuhnya dengan mesin pernafasan dan air liur atau kahak perlu disedut secara manual selang tiga jam bagi mengelakkan risiko jangkitan paru-paru berulang.

Untuk pulih, anak kedua daripada dua adik beradik itu memerlukan ubatan yang bernilai RM9 juta hanya untuk satu suntikan sahaja.

Keluarganya tidak mampu menampung kos tersebut.

Naail

Ketika temu ramah bersama SinarPlus April lalu, ibu bapa Naail memaklumkan mereka terpaksa memilih untuk mendapatkan ubat risdiplam berharga RM40,400.

Ubat tersebut bagaimanapun hanya mampu bertahan untuk tempoh satu hingga dua bulan sahaja.

Ia yang perlu diambil sepanjang hayat dan ianya memakan kos yang sangat tinggi.

Naail perlu mendapatkan Gene Therapy Zolgensma sebelum usianya mencecah satu tahun agar kesan yang lebih efektif.

Ia akan mengantikan terus fungsi gen SMN1 yang hilang untuk pesakit SMA Type 1.

Baca juga: Satu suntikan, RM9 juta untuk adik Naail terus bernafas. Ujian si kecil ini cukup besar

Team Misi Rakyat dan bantuan daripada Founder Misi, Nor Ahmad Faiz Mohd Adli, 32, membantu meringankan beban dengan membuka kutipan dana untuk bayi itu.

Kutipan yang dimulakan pada pertengahan April lalu kini sudah melebihi RM9 juta.

“Alhamdulillah dah lebih RM9 juta. Sebenarnya ALLAH menguji kita dan ALLAH menyatukan kita,” titip beliau.

Ia jauh lebih awal daripada tarikh akhir yang ditetapkan oleh pihak Misi Rakyat iaitu 17 Ogos 2023.

Antara penyumbang ialah usahawan dan influencer, Hafiz Mahamad mendermakan RM100,000, ahli perniagaan bernama Ayuni menitipkan RM50,000, Mda sebanyakl RM25,000 dan Mukminpro2 berjumlah RM21,000.

Paling menyentuh hati, ada insan yang prihatin sedaya upaya ingin melihat anak kecil itu sihat walaupun dengan sumbangan serendah RM1.

Iklan

Raihanah menzahirkan kesyukuran atas sumbangan rakyat Malaysia.

Naail

“Sekecil-kecil amaun pun kami sangat hargai, apatah lagi jumlah yang besar nilainya tanpa berkira-kira.

“Lagi-lagi yang menyumbang tanpa mengenali kami.

“Berlapang dadalah kalian. Apa sahaja kebaikan yang kita buat, serahkan kepada ALLAH untuk menilai,” titipnya.

Warga maya meluahkan rasa terharu dengan kemurahan hati rakyat Malaysia yang menyumbang. Tidak ketinggalan ramai yang memuji proses yang licin dan tersusun.

Ujar mereka:

– “Abang buat saya sebak pagi ni. Alhamdulillah misi kali ni berjaya.”

– “Syukur Alhamdulillah, unexpected amount. Rakyat bantu rakyat, hebat!”

– “Terima kasih kepada semua yang menderma. Tak kira besar atau kecil nilainya, semoga kita dipermudah segala urusan.”

Iklan

– “Meremang aku tengok orang derma. ALLAH saja yang tahu macam mana nak balas jasa baik semua yang menderma. Sebaknya.”

– “Alhamdulillah, moga dapat diselamatkan Baby Naail.”

– “Daripada sekecil dan sebesar jumlah, terima kasih semua yang terlibat. Alhamdulillah.”

September tahun lalu, Misi Rakyat pernah membantu mengumpulkan RM204,322 untuk keluarga dua penghantar yang terlibat dalam kemalangan ngeri dirempuh SUV.

Sumber: Founder Misi, @raihanahaminz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.