"Better start no matter at what age" - Lelaki ini kongsi belajar mengaji Iqra 6

"Better start no matter at what age" - Lelaki ini kongsi belajar mengaji Iqra 6
"Better start no matter at what age" - Lelaki ini kongsi belajar mengaji Iqra 6
A
A
A

BELAJAR mengaji al-Quran pada usia yang sudah lanjut adakalanya membibitkan rasa malu bagi segelintir orang.

Namun, rasa itu sepatutnya tidak perlu ada kerana ia melibatkan perihal menuntut ilmu terutama berkaitan agama yang juga telah diwajibkan ke atas setiap insan.

Namun berbeza dengan seorang pengguna Twitter @KuJalaluddin ini.

Menerusi perkongsiannya, dia tidak malu untuk beritahu umum yang dirinya sedang belajar mengaji.

"I dah tiga bulan belajar mengaji. And, I tak malu bagitau yang I dah masuk Iqra 6. Yes! Tua-tua bru nak belajar membaca. Better start no matter at what age," tulisnya.

Katanya juga, niat untuk belajar mengaji adalah datang dari diri sendiri.

"Alhamdulillah.. sebenarnya kan soal nak suruh orang mengaji ni memang tak kan jalan. Dia kena datang dari diri orang itu sendiri. I buat ni untuk diri I, bukan untuk orang lain. Sebab I seorang. Esok lusa I mati pun seorang. So... tu lah.

"I sebab nak belajar makna dan isi dalam Quran tu to seek peace. Sebab I tengok ramai orang berjaya dekatkan diri mereka dengan Quran dan agama. So, I nak follow path yang sama. And I sendiri request dengan ustaz, I nak start from Iqra 1," kongsinya.

Perkongsian itu mencuri perhatian warganet dan mendapat pujian kerana tidak menganggap umur sebagai penghalang untuk mempelajari ilmu mengaji.

Rata-rata mereka memberi reaksi positif. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman belajar mengaji.

Noorliza Sabarina - Alhamdulilah. Saya merangkak membaca al-Quran selama 2 tahun baru khatam. Now mengulang untuk kali kedua. Alhamdulilah for your effort. Moga dipermudahkan segala urusan.

Baca juga Penjual ayam gunting labur RM10,000 buat kostum Predator tarik pelanggan

@hermezxrry - Samalah dengan saya, start baca balik bulan 9 haritu, now Alhamdulillah dah nak masuk juzuk 5. Sama-samalah kita istiqomah untuk perbaiki diri dengan mengaji and try to understand the content of al-Quran. Insha Allah kita akan dapat syafaatnya nanti.

salsaleha - Tahniah bro. I pon ajar orang dewasa mengaji. Memang kene sabar dan rajin mengajar. Yang penting you jangan give up. Selalu bukak bacaan Quran kat Youtube or kereta. Lama-lama nanti lancar dan mudah hafal. InsyaAllah.

habibah adawiyah - Mulakan pagimu dengan al-Quran. Meskipun hanya sepotong ayat. Pasti hari yang dijalani lebih baik. Alhamdulillah dan semoga istiqamah.

Alhamdulillah! Semoga usahanya membuahkan hasil dan istiqamah menuntut ilmu al-Quran.

Boleh dijadikan contoh buat semua untuk terus mengamalkan membaca al-Quran setiap hari.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca