Doakan adik Adawiyah, terpaksa buang mata kiri kerana kanser

USIANYA baharu mencecah setahun lapan bulan, namun dugaan yang ditanggung anak kecil ini cukup berat.

Adik Nur Aqilah Adawiyah dikesan menghidapi ketumbuhan pada mata kiri sehingga terpaksa dibuang berikutan risiko merebak kepada organ lain.

Tular kisah adik comel ini yang sebelum ini mengharapkan bantuan orang ramai untuk meringankan beban kos rawatan pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Iklan
Iklan

Bapanya, Muhammad Shazuli Zaini, 31, ketika dihubungi SinarPlus menarik nafas lega apabila anak keduanya itu selamat menjalani pembedahan pada Jumaat lalu.

“Sekarang ini matanya masih dijahit. Mungkin dalam tempoh dua minggu lagi doktor akan letak ‘mata batu’ buat sementara waktu.

“Saya mohon doa orang ramai supaya dapat mendoakan Adawiyah cepat sembuh dan kembali aktif,” ujarnya yang bekerja sebagai penyelia pembersihan di Shah Alam, Selangor.

Berkongsi mengenai kutipan dana sebelum ini, bapa kepada dua cahaya mata itu terpaksa meminjam duit dengan adik-beradik bagi menampung kos pembedahan yang perlu disegerakan sebelum permohonan bantuan kewangan dengan agensi berkaitan.

“Sebenarnya, kami tidak tahu sinar pada mata hitamnya itu adalah kanser. Adawiyah pun tidak tunjuk sebarang kelainan. Bila periksa mata dengan doktor pakar, barulah kami tahu.

“Bila doktor cakap agak terlewat kerana mata kirinya sudah terjejas dan terpaksa dibuang, kami reda dengan ketentuan takdir,” katanya penuh sebak.

Namun begitu, jauh di sudut hati Muhammad Shazuli mendoakan anaknya terus sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain meskipun hanya bergantung kepada satu mata sahaja.

“Bapa manalah nak yang buruk-buruk untuk anak sendiri, kan? Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan Adawiyah bahagia dan sayangi dirinya.

“Kekurangan yang ada bukan halangan untuknya berjaya dan doa kami akan mengiringinya sehingga berjaya nanti…insya-ALLAH,” tuturnya penuh harapan.

Apapun, panjatkan doa yang baik-baik untuk adik Adawiyah ini supaya cepat sembuh dan cute selalu. #janganputusasamalaysia

 

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

4 hours ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

5 hours ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

5 hours ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

6 hours ago

Justin Bieber bakal bergelar bapa, Hailey hamil 6 bulan kongsi foto baby bump

SIAPA tidak kenal penyanyi lagu Baby yang popular 10 tahun lalu. Kini meningkat dewasa, Justin…

7 hours ago

Kediaman Angah Raja Lawak raih perhatian, dapur macam kitchen restoran. Sempoi. ‘Rumah besar, suami pandai masak. Bestnya’

BAGI yang mengenali Angah Raja Lawak, pasti tahu beliau cukup aktif dalam lakonan dan juga…

10 hours ago