Guru prasekolah ‘biasa-biasa’ tapi aura luar biasa, Cikgu Papazola trending

Guru prasekolah ‘biasa-biasa’ tapi aura luar biasa, Cikgu Papazola trending

SESI persekolahan 2023/2024 baharu sahaja bermula. Murid prasekolah dan Tahun Satu yang baru menjejakkan kaki ke sekolah kebanyakannya sedang menyesuaikan diri dengan suasana baru. Pelbagai gelagat dikongsikan ibu bapa dan guru dikongsikan di laman sosial menimbulkan geli hati.

Menangis, mengamuk, tak nak berpisah dengan ibu bapa, itu antara ragamnya. Belum lagi yang lari dari kelas dan tertinggal beg.

Guru antara insan yang paling sibuk minggu ini. Biarpun tiada sesi pengajaran dan pembelajaran, guru pada minggu pertama persekolahan perlu mencipta hubungan dengan murid agar mereka seronok ke sekolah melalui interaksi dan suai kenal.

Baca juga: Seorang je Tahun Enam, cikgu kongsi kisah sekolah 10 orang murid di Sabah. Dia ketua kelas, dialah pengawas

Iklan
Iklan

Kelibat guru prasekolah lelaki, Cikgu Zainal Somingan atau lebih dikenali sebagai Cikgu Papazola sering muncul di for your page (FYP) laman sosial.

Baru-baru ini video beliau terpaksa mendukung seorang murid lelaki ketika melakukan aktiviti di dalam kelas yang meraih lebih 300,000 tontonan.

Baca juga: Inspirasi! 64 tahun, nenek 10 cucu, Ku Meriam gigih ke kampus, penuhi impian genggam ijazah

Pengorbanan guru berkenaan itu menerima pujian daripada warganet. Rata-rata terharu dengan keikhlasan dan kasih sayangnya dalam menyantuni murid.

– “First time jumpa cikgu prasekolah lelaki, selalu wanita. Moga dilimpahkan rezeki buat Cikgu”

– “Terima kasih menjadi bapa untuk murid-murid ini sementara mereka di sekolah.”

– “Terbaik Cikgu, mesti jadi kesayangan murid.”

– “Tinggi betul kesabaran cikgu, semoga ALLAH memudahkan urusan dunia akhirat Cikgu.”

– “Nampak keikhlasan cikgu, semoga cikgu maju jaya dunia akhirat.”

IKON INOVASI PRASEKOLAH

Berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka, Saban Bernam Selangor, Cikgu Zainal komited dalam menjalankan tugas.

Ketika Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2021, Cikgu Zainal sanggup menghantar sendiri bahan PDPR kepada murid yang positif Covid-19.

Baca juga: Macam cikgu, gaya Fadhlina Sidek di Parlimen jadi perhatian, siap ambil kehadiran

Malah beliau pernah menerima Anugerah Ikon Inovasi Prasekolah dan Augerah Inovatif Individu (Prasekolah), sempena sambutan Hari Guru, Daerah Sabak Bernam.

Semangat Cikgu Zainal! Moga beliau menjadi inspirasi buat kita dalam mencintai bidang yang diceburi.

Baca juga: Agong ucap tahniah, Cikgu Khalifa raih Anugerah Cambridge

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PRASEKOLAH

Melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan, berikut adalah antara tugas seorang guru prasekolah:

1.Merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.

2.Menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi merangsang bimbingan dan asuhan.

3.Mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah dalam kalangan murid prasekolah.

4.Merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.

5.Memilih dan menyediakan bahan bantu mengajar serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid prasekolah.

6.Mendampingi murid semasa menjalankan aktiviti harian di prasekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.

7.Menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.

8.Menyambut kedatangan murid dengan mesra.

9.Memastikan murid berada dalam keadaan sihat dan bersih.

10.Mendaftar kehadiran murid prasekolah setiap hari.

11.Memastikan pergerakan keluar masuk murid semasa sesi persekolahan direkodkan.

12.Memastikan murid pulang dalam keadaan selamat.

13.Memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin.

Sumber: Laman sosial Cikgu.papazola, KPM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Azma ML

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

4 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

5 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

6 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

8 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

12 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

12 hours ago