“Hati saya lega, lapang,” – Persoalan ibu terjawab selepas 10 bulan Muhammad Iman hilang

“HATI saya lega, lapang.” Begitulah luahan hati seorang ibu selepas selesai pengebumian anak sulungnya Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lepas.

Azmawati Ab Kadir, 55, bersyukur tiada lagi persoalan bermain di minda selepas 10 bulan menunggu khabar berita anaknya.

“Alhamdulillah, sudah selesai semuanya. Anak saya sudah pulang kepada Penciptanya.

“Terima kasih ya ALLAH, 24 tahun ALLAH pinjamkan dia untuk saya. Syukur Alhamdulillah, dia anak yang terbaik untuk saya,” ujarnya kepada media selepas selesai pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, awal pagi tadi.

Turut menemani Azmawati ialah anak bongsunya Nurul Izz Anisah Dzulkarnain, 21, dan tunang Allahyarham, Nurfaizah Mahadi, 25.

Iklan
Iklan

Jenazah Muhammad Iman Aqmar selamat dikebumikan 1 pagi semalam, yang dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan rakan-rakan.

Sebelum van yang membawa jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira 12.15 tengah malam, Allahyarham dibawa ke kediaman keluarganya di Taman Air Biru, Pasir Gudang pada 11.45 malam.

Jenazah Muhammad Iman Aqmar terlebih dahulu dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, sebelum dibawa pulang ke Johor selepas solat Asar.

Hujan lebat di akhir majlis pengkebumian seolah-olah menangisi pemergian pemuda yang hilang 10 bulan tanpa khabar berita.

Baca juga “Baliklah, ibu tunggu…”Pemuda hilang sejak 29 Oktober, dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Terengganu

Sementara itu, ini kronologi kehilangan Allahyarham Muhammad Iman;

1. Muhammad Iman Aqmar balik ke kampung di Pasir Gudang untuk menjenguk keluarga selain ingin menukar kenderaan.

2. Muhammad Iman Aqmar bergerak dari Pasir Gudang jam 1.30 pagi pada 29 Oktober 2021 ke Terengganu untuk bekerja.

3. Selepas keluar dari rumah menuju ke Terengganu, Muhammad Iman Aqmar gagal dihubungi.

4. Kisah kehilangan Muhammad Iman Aqmar menjadi tular di media sosial tahun lalu, apabila adiknya memohon orang ramai mengesan abangnya selepas gagal dikesan.

5. Pada 23 Julai lalu, polis dilaporkan menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lalu.

6. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, dilaporkan berkata mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki warga emas ketika dia mengalihkan besi dari jalan ke tepi sungai berkenaan pada 11.40 pagi.

Baca juga #SiBibirMerah: Ahli keluarga hilang cabaran buat wanita, jadikan ia pengajaran

7. Kenderaan itu mempunyai kerosakan pada bahagian hadapan, kiri dan kanan, selain pemeriksaan di dalamnya menemukan rangka manusia diselaputi lumpur serta pas pekerja yang didaftarkan atas nama Muhammad Iman Aqmar.

8. Siasatan awal polis terhadap nombor pendaftaran kenderaan mendapati ia dikaitkan dengan laporan kehilangan dibuat di Pasir Gudang, Johor oleh ahli keluarga mangsa.

9. Rangka mayat itu kemudian dilaporkan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat, manakala kenderaan itu ditarik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan bagi siasatan lanjut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Faezah Muda

 

Recent Posts

‘Bukan kehilangan tapi memulangkan.’ Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

BARU-baru ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan lelaki, Muhammad Syafiq Salehin, 32, yang tidak pulang…

1 hour ago

Manisnya! Buat ‘soft cookies’ guna resipi Mak Ina, boleh kawal sendiri gula. Makan celup susu memang ngam

RAKYAT Malaysia ni kalau bab makan mesti pantang, pantang tak cuba! Mesti nak rasa je…

2 hours ago

Tak kisah suami hadiahkan kereta second hand & mengaku tiada lesen, Atikah Suhaime dipuji simple & humble!

KETERUJAAN pelakon Datin Atikah Suhaime jelas terpancar di wajahnya apabila sang suami, Datuk Lokman Teh…

4 hours ago

‘Tahniah sayang.’ Rahim Sepahtu rai hari konvokesyen isteri, Kolin Abdullah tamat pengajian

PELAWAK dan penyampai radio, Rahim Sepahtu meraikan hari bahagia isterinya, Norazlin yang berjaya menamatkan pengajian.…

4 hours ago

‘Kalau tidur, muka menghadap kaki orang sabarlah.’ Pemuda ini kongsikan tip menarik persediaan awal ke Tanah Suci

TAHNIAH buat semua jemaah haji yang yang tiba di Tanah Suci Makkah dan Madinah untuk…

5 hours ago

Pernah dibuang, jadi anak angkat. Muka ‘Pakistan’ bonus Fan Zihe di China

  BAYI malang berasal dari Pakistan yang dijumpai dalam kotak kadbod oleh sepasang suami isteri…

12 hours ago