Hilang 6 insan tersayang sekelip mata, Abdul Rahman ditaja umrah

Hilang 6 insan tersayang sekelip mata, Abdul Rahman ditaja umrah

HILANG ibu, ayah dan empat adik dalam sekelip mata, anak sulung keluarga terlibat kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada Jumaat lalu bakal menerima tajaan menunaikan umrah.

Abdul Rahman Amir Ruddin, 19, mendapat tajaan daripada sebuah syarikat pelancongan, Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd.

Menerusi akaun Facebook rasmi syarikat itu, pihaknya sudah dapat menghubungi Abdul Rahman selepas menguar-uarkan tentang hasrat tersebut.

Memetik portal tempatan, pengasas syarikat umrah dan haji tersebut, Jay Ibrahim memaklumkan bahawa niatnya membantu Abdul Rahman adalah untuk memberikan ruang kepada pemuda tersebut berdoa di hadapan Kaabah.

Iklan
Iklan

Baca juga Sudah lama teringin buah rambutan, ibu kongsi detik cemas anak maut tercekik

“Niat saya memang nak taja adik Abdul Rahman menunaikan umrah supaya dia boleh berdoa depan Kaabah, Makkah dan Raudhah di Madinah supaya adiknya yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat segera sembuh.

“Alhamdulillah, hasil bantuan rakan-rakan di Facebook, saya dapat berhubung dan berjumpa Abdul Rahman hari ini (Ahad). Saya menyatakan hasrat untuk menajanya menunaikan umrah dan dia terima. Cuma, dia mahu adiknya yang kini masih di ICU dapat pergi bersama.

“Saya cakap, kalau adik dia diizinkan hidup, saya memang akan bawa juga. Tapi, saya pelawa untuk pergi awal supaya dia dapat mendoakan kesihatan adiknya di sana. Seperti yang kita tahu, depan Kaabah antara tempat mustajab berdoa.

“Insya-ALLAH, di sana Abdul Rahman boleh merawat jiwa di depan Kaabah. Semoga dia diberi kekuatan.

“Niat saya ini lebih pada tanggungjawab sebagi orang Islam untuk membantu mereka yang susah. Saya bersimpati atas apa yang berlaku.

“Doakan usaha kecil kami ini dipermudahkan dan dapat memberi manfaat kepada adik Abdul Rahman dan keluarga serta mendapat keberkatan ALLAH,” ujarnya.

Terdahulu, ibu bapa serta empat lagi adik kepada Abdul Rahman disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, ketika mereka dalam perjalanan untuk menghantar ibunya di Segamat.

Baca juga Sempat saksikan anak bertanding bola sepak, ibu pergi selamanya maut lemas bot terbalik, berikut kronologi kejadian

Mangsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Seorang lagi anak mereka Abdullah,15 tahun pula parah dan sedang menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat akibat kecederaan parah di bahagian kepala,usus dan paru-paru

Difahamkan, ibunya merupakan guru Sekolah Agama Semedak manakala bapanya merupakan seorang imam di Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang.

Jenazah enam beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong pada petang Sabtu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Tumbuhan hijau sumber inspirasi, Darwennah Siska guna nama sendiri untuk jenama fesyen. ‘Unik, rare & pilihan ibu tersayang’

MINAT dalam dunia fesyen membuatkan Darwennah Siska tidak betah memilih bidang lain sebagai kerjaya utama.…

6 hours ago

Bawa kain bertulis ‘Free Palestine’, anak bongsu Perdana Menteri berani pamer solidariti dalam majlis konvoksyen di New York

TAHNIAH diucapkan buat anak perempuan Perdana Menteri, Nurul Hana Anwar yang berjaya menggenggam skrol selepas…

6 hours ago

5 tahun ‘berehat’ daripada berlakon, Julia Ziegler rindu nak ‘comeback’. ‘Kerja terbaik di dunia jadi ibu…’

“SAYA rindu sangat jika ada rezeki nak ‘comeback’ dalam dunia lakonan.” Ungkap pelakon dan model,…

6 hours ago

Kuih kaswi ‘gedik’ resipi tular, cukup mudah nak buat & bahan pun simple je. Wanita ini kongsikan caranya!

PERTAMA kali menikmati kuih kaswi ‘gedik’, cukup lembut, kenyal, lemak manis dan dimakan pula bersama…

8 hours ago

Tular video di atas pelamin, Zainal Ariffin berkahwin?

BARU-baru ini tular video yang memaparkan lelaki dipercayai pengacara terkenal, Zainal Ariffin Ismail dilihat berada…

8 hours ago

‘Bukan kehilangan tapi memulangkan.’ Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

BARU-baru ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan lelaki, Muhammad Syafiq Salehin, 32, yang tidak pulang…

11 hours ago