Kongsi momen perjuangan ketika bersalin, titipan suami Syafiqah Aina buat ramai tersentuh

PERJUANGAN seorang isteri untuk bersalin dan melahirkan zuriat pengorbanan yang besar. Nukilan usahawan dan influencer Hafiz Mahamad buat cahaya mata keduanya menyentuh hati ramai.

Suami kepada usahawan kosmetik Syafiqah Aina itu menitipkan pesanan istimewa buat cahaya mata kedua, Rayqal Arees yang baru dilahirkan baru-baru ini.

Anak kedua mereka dilahirkan pada 27 Julai 2022 secara normal seberat 3.59 kilogram.

“Rayqal Arees, daddy syukur awak datang dalam kehidupan kami dalam keadaan sihat, semangat dan daddy tahu awak adalah ‘lelaki hebat.’

“Wahai anak lelakiku, seperti mana pun keadaanmu, jangan pernah lupa tentang ibumu. Besar jasa ibumu, jagalah hati mummy hingga nafas terakhir,” tulisnya.

Baca juga: Turut tersangkut banjir, Hafiz tak sangka dapat bantuan susu dan lampin anak

Iklan
Iklan

Baca juga: [VIDEO] Contoh suami yang baik, sentiasa hargai isteri sebab itulah rezeki sentiasa melimpah

Dalam pada itu, Hafiz turut menitip amanah buat anak lelakinya agar menjaga si ibu. Malah dia turut berpesan agar berempati dengan orang yang lemah, tidak lupa asal usul dan merendah diri.

“Membesar dan belajarlah anakku Rayqal, jangan merendahkan orang yang kamu rasa dia lemah. Angkat darjat dan pimpin mereka yang dalam keadaan lemah. Wujudkan jiwa ‘pemimpin’ dalam diri kamu.

“Jangan pernah sombong, kerana asal-usul orang tuamu juga seperti mereka. Orang-orang ini adalah sahabat-sahabatku mereka yang menghulur doa untuk keluarga, perniagaan kita dan kamu. Kamu terhutang budi dengan mereka, membesarlah kamu untuk membantu ummah.

Baca juga: [VIDEO] Siapa antara kita yang senang, kita tolong antara kita yang susah- Warganet sebak, tak tertahan air mata

“@ainaabeautyofficial , ini punca rezeki daddy dan mummy. Di dalam ini ada pasukan dan hamba ALLAH yang perlu kamu hormati. Satu hari nanti, jika mereka memanjakan dan memanggilmu ‘anak boss’, tundukkan muka dan berlatih untuk merendah diri,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz turut menitipkan amanah buat anak lelakinya agar mencari kejayaan yang sebenar dalam hidup.

“Hadiah daddy adalah amanah untuk kamu. Daddy akan mendidik kamu untuk menjadi ‘lelaki yang sebenar’, jalankan tugasmu wahai anak, kayakanlah ibumu, ingat pesan ini.

“Carilah kejayaan yang sebenar dalam hidup, membesar, cari dan kenal lah ayat yang terakhir ni. Apa dia ? Ini yang selalu daddy pegang dan jadikan prinsip hidup.

“Kejayaan demi kebahagiaan, kamu akan faham nanti,” titipnya.

Baca juga: Tarikh jangka sudah lepas belum bersalin lagi, ibu hamil ‘overdue’lebih 42 minggu ini puncanya 

Warga maya rata-rata tersentuh mengikuti perkongsian Hafiz menzahirkan rasa sebak, lebih-lebih lagi apabila menyaksikan video proses kelahiran itu.

-“Kita pula yang rasa sebak, untung Raiqal ada daddy dan mummy yang hebat.”

“Sedihnya, mengalir air mata.”

-“Ya ALLAH terima kasih @hafizmahamad dan @syafiqahaina atas perkongsian yang mungkin dapat myedarkn ramai anak-anak mungkin lalai termasuk saya betapa besarnya pengorbanan seorang ibu bertarung nyawa saat ingin melahirkan seorang manusia.”

-“Besar pengorbanan seorang ibu semasa melahirkan kita.”

-“Masya-ALLAH saya menangis. Rayqal selamat datang ke dunia.”

Hafiz dan Syafiqah Aina yang berkahwin pada November 2017 sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Narisa, 3.

Baca juga: Isteri selamat bersalin, Fizo Omar kini ada dua puteri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Azma ML

Recent Posts

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

2 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

3 hours ago

‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…

4 hours ago

Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah…

5 hours ago

Klinik Nara anjur rumah terbuka, rai pelanggan sempena ulang tahun ke-4. Turut perkenal rawatan estetik dengan teknologi baharu

KLINIK  Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan baru-baru ini meraikan ulang tahun ke 14…

20 hours ago