KLINIK  Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan baru-baru ini meraikan ulang tahun ke 14 dengan menganjurkan majlis rumah terbuka.

Majlis yang berlangsung di Bangsar Shopping Centre itu juga sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang telah lama menjadi sebahagian penting dari kejayaan klinik berkenaan.

klinik Nara 1

Rumah Terbuka Raya anjuran Klinik Nara itu turut dihadiri oleh ramai VVIP antaranya bekas perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, serta Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir dan ramai lagi.

klinik nara

Mula ditubuhkan pada tahun 2010, Klinik Nara memahami betapa pentingnya untuk berada di barisan hadapan perkembangan teknologi dalam bidang estetika.

Justeru, pusat kecantikan berkenaan tampil dengan  inovasi terkini dari BTL Aesthetic Malaysia – EMFACE, EXION, EMSELLA, dan EMSCULPT NEO.

EMFACE, terkenal dengan keupayaannya mentransformasi wajah, menyegarkan kulit dan mengembalikan kontur muda dengan ketepatan dan keberkesanan yang meyakinkan. Sementara EXION pula dikuasakan oleh teknologi radiofrekuensi fraksional, menawarkan hasil luar biasa dalam keanjalan serta menegangkan kulit, menangani pelbagai masalah estetik dengan keberkesanan yang luar biasa.

 

EMSCULPT NEO, penyelesaian permodelan tubuh yang terkini, menawarkan rawatan bagi mendapatkan tubuh idaman dengan mengurangkan lemak serta membina fungsi otot, mengembalikan postur yang sempurna.

Pakar perubatan anti-penuaan yang terkemuka dengan pengalaman lebih dari 17 tahun, dan Ketua Doktor Perubatan di Klinik Nara, Dr. Nadzri Abdul Mokhtar berkata, selama 14 tahun beroperasi, pihaknya komited menyediakan rawatan terbaik yang disesuaikan dengan keperluan dan kehendak pelanggan.

Iklan

“Perjalanan kami cukup luar biasa. Justeru, kami berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah banyak menyokong kami di setiap langkah.

klinik Nara 2

Membawa teknologi terbaharu, Personalised Oxygenation Delivery System dalam pasaran Asia Tenggara, jelasnya rawatan tersebut merupakan satu sistem yang membolehkan oksigen diserap melalui kulit dengan cara yang semulajadi.

Sekali gus membantu memperbaiki dan menghidupkan kembali sel-sel kulit secara semulajadi.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang