BAGI yang mengenali personaliti yang juga influencer terkenal Farah Lee, pasti anda semua sedia maklum bagaimana beliau mendidik anak tunggalnya, Maream Esabel.

Biarpun bergelar ibu tunggal, namun pujian harus diberikan buat Farah yang mampu membesarkan dan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang dan beretika.

Paling mengujakan bagaimana pempengaruh itu berjaya menjarakkan gajet dengan anak kesayangannya.

Menariknya lagi tentang Farah, proses pengajaran, pembelajaran, keibubapaan termasuk asuhan yang dipraktikkan, dikongsi menerusi laman Instagramnya.

Jadi, amat wajarlah jika ibu-ibu muda menjadikan beliau sebagai contoh dalam mendidik si kecil.

Baca ni ‘Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.’ Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya ‘tawan’ puncak KLCC

Ujar mantan isteri kepada pengacara popular, Ally Iskandar itu, anak perempuannya yang kini berusia tujuh tahun itu ibarat ulat buku.

Jika rakan sebayanya tidak berenggang dengan gajet atau peranti, Maream merupakan kanak-kanak yang sebaliknya.

Beritahu pemilik nama sebenar Nurfarahin Romli: “Maream masih bebas gajet dan ke mana sahaja pergi, pasti akan bawa beg. Di dalamnya ada buku nota, buku cerita, alat tulis dan sebagainya.

“Cuma sesekali, Maream ada pinjam telefon saya dan tiada masalah untuk saya berikan.

“Saya tahu Maream bukan selalu dapat (telefon). Apatah lagi sekarang, kena juga pelajari teknologi semasa.”

Sebagai ibu juga, Farah berasakan masih terlalu awal untuk beliau mendedahkan pengarang jantung hatinya dengan segala macam peranti, sementelah Maream bagi ibu muda itu, masih terlalu kecil.

Baca lagi Dulu penyampai radio, kini Alex Hirschi menjadi pempengaruh kereta wanita terkaya di dunia

“Saya fikir masih terlalu awal untuk membiarkan Maream memiliki gajet sendiri. Biarlah sehingga Maream tahu apa yang baik dan buruk serta tahu bagaimana untuk menghormati orang sekeliling,” katanya.

BERSABAR

Memahami tidak mudah untuk mententeramkan anak-anak yang selalunya akan cepat tantrum, Farah berkata, adalah penting untuk seorang ibu bersabar.

Nasihatnya, cuba perlahan-lahan dan lama-kelamaan anak-anak akan faham sendiri.

“Ingat saya seorang ibu tunggal yang berkerjaya, namun saya berjaya melakukannya. Jadi, saya pasti anda juga boleh,” tulisnya lagi menerusi kapsyen yang dimuat naik baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

SinarPlus memang tabik dengan cara Farah. Biarpun tanpa kehadiran seorang suami dan ayah, namun tahap kemampuannya menggalas tanggungjawab sebagai ibu kepada seorang anak memang terbaik. Siap jadi contoh buat kaum Hawa yang lain!

Sumber: Instagram farahlee_

Baca ni ‘Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.’ Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi