TULAR pemuda ini di medsos akhir-akhir ini. Antara yang mencuit hati netizen apabila dia mengajuk ‘watak’ suri rumah kaki shopping online yang geram apabila menunggu barang yang di’order tak sampai-sampai.

 

View this post on Instagram

 

Siapa pasangan dia yg kelakuan mcm ni🙋🏻‍♂️. Tag/mention😅 • • • #namiesmy

A post shared by Namie | 24 | N9 (@namiesmy) on

Terbaharu, video bebelannya dalam loghat Negeri Sembilan tatkala tersangkut dalam ‘jem’ di jalan raya semasa hendak pulang ke rumah pun tular dibuatnya.

 

Agaknya memang kuat aura kelakar dalam diri pemuda bernama Najmi Shaharudin ini.

Dek sikap luarannya itu, jangan tak tahu… ada juga yang berseloroh siapa yang dekat dengan beliau atau berkahwin dengannya mesti tak kering gusi dibuatnya.

Apa pun rupanya pemuda yang mempunyai lebih 334k follower di Instagram ini ada sebab tersendiri mengapa beliau gemar menghidangkan video-video lucu dan mencuit hati yang dihasilkannya sendiri.

Berkongsi dengan SinarPlus, cikgu berusia 24 tahun ini tidak lokek mengungkap tentang perihal dirinya yang menjadi tanda-tanya pada peminatnya.

Dah dua tahun

Enggan merasakan sudah makin glamor, baginya pendedahan dirinya pada netizen itu sudah jadi biasa untuknya lagi-lagi di Instagram dan mengakui dikenali ‘di sana’ lebih 2 tahun.

“Cuma di FB ni saya jarang post content berbanding IG. Tapi tiba-tiba saya post di FB dan mendapat sambutan pula.

“So saya teruskan dengan mencipta page FB saya sendiri untuk meletakkan content yang sedikit berbeza dari content Instagram. Malah ramai juga yang baru mengenali saya di platform FB,” cerita pemuda dikenali dengan nama Namie Smy, di media sosial ini.

Ditanya tentang penerimaan keluarga sama ada mendapat tempias dirinya yang kian tular, menurut Najmi, sama sahaja sebab mereka dah biasa dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukannya di Instagram sepanjang beberapa tahun sebelum ini.

Bahkan katanya, sebelum viral di FB ini pun, anak muridnya sudah mengetahui dahulu siapa dirinya di situ.

“So, penerimaan dari golongan-golongan ini boleh saya katakan masih sama seperti biasa kerana mereka sudah tahu.

Iklan

“Sebenarnya, saya seperti orang normal yang lain ada masa ketawa, ada masa duka, ada masa diam, mengikut situasi tertentu. Saya tidaklah 24 jam ceria gelak ketawa. Cuma, ramai yang tak tahu, di media sosial memang saya hanya mahu menghiburkan netizen. Bukan tempat untuk saya berkongsi emosi ataupun masalah peribadi saya,” ujarnya.

Kalau korang nak tahu, rupanya dengan cuba menghiburkan netizen lah merupakan benda yang boleh buat pemuda ini legakan tekanan kerja atau masalah-masalah lain.

Katanya, jika dengan keluarga pula, beliau lebih berpewatakan serius dan sedikit tegas.

“Termasuklah anak murid, saya seimbangkan melayan mereka antara tegas yang diselitkan dengan unsur jenaka. Tetapi jika bersama orang yang tidak dikenali di luar, saya lebih suka mendiamkan diri selagi tidak ditegur sapa oleh sesiapa,” luahnya.

Iklan

Pada yang tertanya-tanya mengapa beliau menggunakan nama Namie Smy, Smy tu merupakan singkatan nama penuh ayah beliau  iaitu Shaharudin Mohd Yunus.

Berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan dan masih lagi menetap di sana, beliau rupanya lepasan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Muzik di IPG Kampus Tuanku Bainun tahun 2019.

Patutlah gemar menyanyi ya korang…

Sekarang bertugas sebagai guru muzik di Sekolah Kebangsaan Serting Ulu, Najmi merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.

Hobinya memang suka menyanyi dan membuat orang terhibur serta masih bujang ya… -AG