Pelamin perkahwinan sunyi, bakal suami lemas, rupanya ini berlaku

JODOH, ajal dan maut semuanya ketentuan Allah. Seperti apa yang terjadi kepada seorang gadis di Terengganu ini.

Majlis akad nikah dan sanding yang telah dijadualkan semalam, terpaksa berlalu dengan kenduri jemputan yang telah dirancang.

Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, terpaksa reda dan terima ketentuan Ilahi yang tunangnya, Naim Hariri Kamaruddin, 31, dipercayai ditarik ombak ketika mandi di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang Jumaat.

Bapanya, Ismail Awang berkata, majlis akad nikah anaknya bersama mangsa dijadual berlangsung pada jam 10 pagi semalam.

Iklan
Iklan

Katanya juga, sebagai tuan rumah, dia juga sudah membuat persiapan seperti tempahan makanan, namun tidak menyangka insiden seperti ini berlaku.

Keluarga perempuan terpaksa teruskan majlis sebagai kenduri kesyukuran memandangkan katering sudah ditempah.

Baca juga Pemuda ini hilang keupayaan berjalan, bangkit jadi tauke ikan laga demi kelangsungan hidup

Menurutnya, keluarga pengantin lelaki yang berasal dari Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur telah tiba di situ pada Khamis.

Difahamkan, keluarga lelaki itu telah melarang Naim Hariri mandi, namun mangsa mengatakan hanya untuk bergambar.

Difahamkan juga, mangsa sempat memuat naik satu posting di Instastory ketika berada di pantai bersama ahli keluarga sebelum berlaku kejadian tersebut.

Sementara itu portal tempatan melaporkan, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata ketika beliau mengesan satu objek terdampar di tepi pantai ketika melakukan rondaan pagi ini.

Menurutnya, satu mayat lelaki yang terdampar lebih kurang tiga kilometer dari pos kawalan tempat kejadian pada jam 8.55 pagi dalam keadaan sempurna di atas pasir pantai, kemudian memanggil bapa lelaki berkenaan.

Katanya, beliau telah mengecam mayat yang ditemui itu milik anaknya berpandukan beberapa identiti yang ada pada jasad, dan kini mayat sedang diperiksa pihak forensik.

Jenazah Naim Hariri dibawa naik pada jam 10.10 pagi tadi dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Redza Syah Azmeer kongsi gambar bernikah lagi, status Irma Hasmie jadi tanda tanya. ‘Perjalanan baharu telah bermula…’

RUMAH tangga pelakon dan hos terkenal, Irma Hasmie kembali menjadi perhatian apabila suaminya, Redza Syah…

4 hours ago

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

1 day ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

2 days ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

2 days ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

2 days ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

2 days ago