PEMPENGARUH Abang Tesla dan suami Marissa Dania, Ahmad Salam masing-masing mengiringi isteri pertama menunaikan umrah ke Tanah Suci.

Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry menerusi laman sosial memuat naik video memaparkan beliau mengiringi isteri pertama, Normajdina Jamari ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi video yang dimuat naik, turut kelihatan madu Marissa Dania, Umisya Mazlan yang diiringi Aslam dan keluarga.

Baca juga: Abang Tesla pertama kali dedah wajah isteri muda, bawa 2 suri hati tunai umrah. ‘Our my first trip together’

Baca juga: Dedah nikah isteri kedua dengan restu yang pertama siap video tunjuk & jaga hati’ undang amarah kaum Hawa, Abang Tesla dikecam teruk

Baca juga: Jangan nak berbangga sangat kalau berpoligami jika diri tak berlaku adil kepada isteri-isteri!

Memetik laporan mStar, keberangkatan kedua-dua wanita berstatus isteri pertama itu adalah atas tajaan sebuah agensi pelancongan dan umrah.

Beliau turut berkata isteri pertama memerlukan circle untuk berkongsi pandangan.

“Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua. Semoga awak dapat buat umrah dengan tenang. Dan semoga kita semua dapat kebahagian dunia dan akhirat. Aaminn!” katanya.

Baca juga: ‘Tidak pernah terfikir sampai begini.’ Jadi model pakaian, Misya tak tahu Marissa & Aslam terlibat, butik pakaian diselar

Baca juga: Marissa Dania kongsi gambar bersama madunya, Umisya jadi perhatian. ‘Sesetengah andaian perlukan penjelasan, betul?

Memuji sikap para isteri yang tabah dalam perkahwinan poligami, warga maya mendoakan agar ibadah umrah mereka mabrur dan berjalan lancar. Ujar mereka;

“Semoga kalian dikurniakan kebahagiaan, para suami dan isteri,” ujar puzzleofmyheart81.

“Semoga wanita hebat ini sentiasa dalam lindungan ALLAH dan dipermudahkan segala urusan,” kata Syahida Isya.

“Kenapa saya sebak dan terharu tengok Maj dan Misya pergi umrah. Bukan senang hidup bermadu,” kongsi Azura Ariffin.

Iklan

“Semoga mendapat umrah yang mabrur,” titip daporazzalea.

“Trip umrah isteri pertama,” tulis Titan2023.

Baca juga: Tiada istilah payung emas untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram

Abang Tesla berkahwin dengan Nurmajdina sejak enam tahun lalu. Beliau kemudian berkahwin kali kedua dengan Nursyafiqa Mohd Hanafi, 22, pada 18 Ogos tahun lalu.

Manakala Aslam dan Umisya melangsungkan pernikahan pada ketika masih bergelar pelajar di sebuah kolej.

Iklan

Lelaki  itu kemudian berkahwin dengan anak pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Sumber: TikTok, Instagram 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!