PENGANTIN lelaki perlu melafazkan jumlah mas kahwin di dalam upacara akad nikah. Namun kisah pengantin baru yang ‘terlafaz’ jumlah mas kahwin RM500 juta mencuit hati

Akad nikah merupakan momen yang mendebarkan tidak kira bagi wanita mahupun lelaki.

Kalau mempelai perempuan risaukan penampilan dan kelancaran majlis sebagai tuan rumah, pengantin lelaki pula ‘nervous’ bab akad nikah.

Sementelah mereka perlu tampil berhadapan dengan kadi, wali dan para saksi. Kehadiran jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga kedua belah pihak menambahkan lagi rasa gemuruh.

Baru-baru ini tular klip video memaparkan seorang pengantin lelaki yang ‘tersasul’ menjawab akad nikah dengan menyebut mas kahwin RM500 juta.

Video berkenaan yang tular di laman sosial TikTok telah ditonton lebih 40 ribu kali. Pada ruangan kapsyen, pengantin lelaki, Sam Danial mengakui ia berlaku di luar kawalan disebabkan gugup.

“Nervous akad nikah punya pasal, sampai aku punya mas kahwin jadi RM500 juta tunai,” titipnya.

Insiden itu membuatkan ahli keluarga tidak dapat menahan ketawa hinggakan ada yang menepuk dahi. Malah bakal isterinya juga turut tertawa geli hati kerana jumlah asalnya RM500.

@msamdanialNERVOUS AKAD NIKAH PUNYA PASAL SAMPAI AKU PUNYA MAS KAHWIN JADI RM 500 JUTA TUNAI 😂😂😂😂♬ original sound – Sam Danial

@ieraa.shahira Along buat hal laa @msamdanial 🤣🤣 banyak sangat tu mas kahwen nyaa 500 juta 😂😂 #fyp #foryoupage ♬ bunyi asal – Ieraaaa✨

Pernikahan mempunyai beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan perkahwinan itu dianggap sah. Antara syarat tersebut ialah:

1. Suami
2. Isteri
3. Wali
4. Dua orang saksi
5. Lafaz ijab dan kabul

Menurut Pejabat Muti Wilayah Persekutuan, lelaki bakal suami perlulah menepati syarat berikut;

-Bukan mahram kepada bakal isteri.
-Bakal suami ialah seseorang yang telah ditentukan
-Bakal suami tidak berada di dalam keadaan ihram haji atau umrah.

Apa sebenarnya apa syarat lafaz nikah? Rupanya ia bukan sekadar lafaz semata-mata. Ada syarat lafaz akad nikah yang perlu dipenuhi bagi menyempurnakan ikatan yang halal.

Iklan

Berikut adalah syarat lafaz akad nikah yang perlu diketahui;

1. Tidak disyaratkan menjawab lafaz nikah dalam satu nafas dalam. Syaratnya sebutan mesti berturutan iaitu ijab oleh wali diikuti kabul oleh pengantin lelaki.

2. Jika wali berkata “Aku kahwinkan kamu dengan anak perempuanku,” dan selepas tempoh yang lama, pengantin lelaki menjawab “Aku terima nikahnya”.

Akad nikah itu tidak sah kerana terdapat pemisahan yang lama antara ijab dan kabul tersebut. Dalam tempoh yang lama ini, ada kemungkinan wali menarik lafaz ijabnya semula.

Iklan

3. Namun, perbuatan seperti bersin atau batuk diantara ijab tidak merosakkan akad nikah tersebut.

4. Mengikut Mazhab Hanafi dan Hanbali, pemisahan yang lama antara ijab dan kabul dibolehkan sekiranya masih dalam majlis dan tidak disibukkan dengan perkara yang lain.

Semoga panduan ini memberikan manfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI